Assalamualaikum..
Semoga kita semua sihat hendaknya.. Sebenarnya, aku dah 2,3 kali buka tutup page blog ni.. Teringin nak menaip laju tapi idea penulisan tu asyik tergendala je nak sampai.. Akhir sekali, blog ni pun bersawang jugalah jadinya.. Ada 2 penulis pun, kadang-kadang je menjenguk dari luar pintu blog.. Kih3..
Tajuk post kali ini, agak kabur.. Apa jelah yang aku nak cari lagi.. Ye idokk?? Cari kerja baru.. Kih3.. Selamat sudah aku mengucapkan selamat tinggal pada company.. Padahal surat resign pun belum print.. Kih3..
Event terakhir yang aku ikut adalah di Holiday City Villa, Alor Setar.. Mungkin dugaan dari Allah SWT, dengan izinNya, aku dikejarkan ke hospital.. Agak kelakar puncanya tapi kalau Allah SWT dah kata jadilah, maka jadilah.. Kun Fayakun..
Seperti event-event yang lain, selesai sahaja tugas kami, kami terus balik ke homestay.. Nak dijadikan punca, aku digigit sekumpulan semut api.. Tindak balas reflek aku, cuma menghentak2 kaki dan bergerak masuk ke bilik.. Mungkin adalah jeritan kecil 'aduh' tu.. Standardlah kan kalau sakit..
Dah masuk bilik, terkenangkan beg-beg baju aku ada dalam van lagi satu yang masih dalam perjalanan, aku pun keluar bilik.. Sembang-sembang ngan event manager aku.. Isu panas sekaranglah, pertempuran di Lahad Datu.. Tung.. Tang.. Tung.. Tang.. Sedang bersemangat bercerita, aku terasa lain macam.. Masuk dalam bilik, kawan aku tegur badan aku merah gila..
Terus kawan aku tolak aku pergi mandi.. Aku pulak terasa nak pengsan.. Muka aku jadi merah padam.. Mengeras.. Hidung aku pun jadi keras.. Huk3.. Sesak nafas, terus diaorang hantar aku pergi hospital..
Dalam masa 15 minit, dengan culik abang beca sebab tak tahu jalan pergi hospital, akhirnya aku terus dihantar ke pusat kecemasan Hospital Sultanah Bahiyyah.. Dan ditahan di dalam wad untuk rawatan lanjut.. Bermalamlah aku keseorangan.. Padahal aku tak sedar pun, entah ubat apa yang Doktor dah cucuk..
2 hari MC, aku cuma terkenang, andai kata malam itu jadi malam terakhir aku.. Dengan jauh dari keluarga.. Dengan yang tersayang.. Hmmmm.. Tulah puncanya aku berhenti kerja.. Kih3.. Alasaaaannn..
Nana, reaksi alergik aku kali ini, 2 kali lebih dahsyat dari yang pernah kau hantarkan aku ke hospital dulu.. Sekarang, kalau nampak semut, aku kasi semut tu jalan dulu.. Hahahhahaha..
So, bye2 to Sme Factors.. Dan, tak adalah sampai aku tersesat ke Terengganu lagi nak jumpa kau, Nana..
|
Puak Putih |
|
Puak Hitam |
|
Reception counter.. |
Jadi kenangan jelah semuanya.. Sepanjang 3 bulan aku kerja, 1 minggu je aku ada kat pejabat aka business centre ni.. Selepas itu, terbang ke langit biru.. Ok, itu tipu.. Outstation 1 Malaysia, abis dah satu semenanjung, aku jejak..
Assalamualaikum.. sehingga bertemu kembali.. jaga diri ye..