Skip to main content

Sekali Lagi Aku Mencari....

Assalamualaikum..

Semoga kita semua sihat hendaknya.. Sebenarnya, aku dah 2,3 kali buka tutup page blog ni.. Teringin nak menaip laju tapi idea penulisan tu asyik tergendala je nak sampai.. Akhir sekali, blog ni pun bersawang jugalah jadinya.. Ada 2 penulis pun, kadang-kadang je menjenguk dari luar pintu blog.. Kih3..

Tajuk post kali ini, agak kabur.. Apa jelah yang aku nak cari lagi.. Ye idokk?? Cari kerja baru.. Kih3.. Selamat sudah aku mengucapkan selamat tinggal pada company.. Padahal surat resign pun belum print.. Kih3.. 

Event terakhir yang aku ikut adalah di Holiday City Villa, Alor Setar.. Mungkin dugaan dari Allah SWT, dengan izinNya, aku dikejarkan ke hospital.. Agak kelakar puncanya tapi kalau Allah SWT dah kata jadilah, maka jadilah.. Kun Fayakun.. 

Seperti event-event yang lain, selesai sahaja tugas kami, kami terus balik ke homestay.. Nak dijadikan punca, aku digigit sekumpulan semut api.. Tindak balas reflek aku, cuma menghentak2 kaki dan bergerak masuk ke bilik.. Mungkin adalah jeritan kecil 'aduh' tu.. Standardlah kan kalau sakit..

Dah masuk bilik, terkenangkan beg-beg baju aku ada dalam van lagi satu yang masih dalam perjalanan, aku pun keluar bilik.. Sembang-sembang ngan event manager aku.. Isu panas sekaranglah, pertempuran di Lahad Datu.. Tung.. Tang.. Tung.. Tang.. Sedang bersemangat bercerita, aku terasa lain macam.. Masuk dalam bilik, kawan aku tegur badan aku merah gila.. 

Terus kawan aku tolak aku pergi mandi.. Aku pulak terasa nak pengsan.. Muka aku jadi merah padam.. Mengeras.. Hidung aku pun jadi keras.. Huk3.. Sesak nafas, terus diaorang hantar aku pergi hospital..

Dalam masa 15 minit, dengan culik abang beca sebab tak tahu jalan pergi hospital, akhirnya aku terus dihantar ke pusat kecemasan Hospital Sultanah Bahiyyah.. Dan ditahan di dalam  wad untuk rawatan lanjut.. Bermalamlah aku keseorangan.. Padahal aku tak sedar pun, entah ubat apa yang Doktor dah cucuk..

2 hari MC, aku cuma terkenang, andai kata malam itu jadi  malam terakhir aku.. Dengan jauh dari keluarga.. Dengan yang tersayang.. Hmmmm.. Tulah puncanya aku berhenti kerja.. Kih3.. Alasaaaannn..

Nana, reaksi alergik aku kali ini, 2 kali lebih dahsyat dari yang pernah kau hantarkan aku ke hospital dulu.. Sekarang, kalau nampak semut, aku kasi semut tu jalan dulu.. Hahahhahaha..

So, bye2 to Sme Factors.. Dan, tak adalah sampai aku tersesat ke Terengganu lagi nak jumpa kau, Nana..

Puak Putih

Puak Hitam

Reception counter..

Jadi kenangan jelah semuanya.. Sepanjang 3 bulan aku kerja, 1 minggu je aku ada kat pejabat aka business centre ni.. Selepas itu, terbang ke langit biru.. Ok, itu tipu.. Outstation 1 Malaysia, abis dah satu semenanjung, aku jejak..

Assalamualaikum.. sehingga bertemu kembali.. jaga diri ye..

Comments

  1. Salam

    Puan,

    Saya terbaca yang puan pernah bekerja dengan SME Factors.

    Boleh tak puan nasihatkan saya pengalaman sepanjang puan bekerja di situ kerana saya sedang menhadapi masalah untuk meghubungi sesiapa yang berada di sana. Mohon puan emel saya di ilaniwahed@gmail.com.

    Jasa baik puan hanya Allah swt mampu membalasnya.

    ReplyDelete
  2. Ramai yang dapat call dari SME Factors ni termasuk saya.. Dari rujukan dibuat...katanya Scammer.. Betul ke Puan?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PICC.. Here, we come... Weeeeeeeeeeeeeeeeeee =D

Hi, guys and girls outside there.. Holla \/ (0.0) \/ Assalamualaikum.. Jawab ye salam yang aku tujukan tuk korang.. Yup, korang.. Aku tak specific kan untuk lelaki hensem sahaja.. Atau buat gadis kiut.. * Adakah aku sedang memerli blog lain?? Hahaha.. Jahat!! Kalau tak hensem, tak cantik, tak perlulah tambah hati yang tak baik tu.. Semua manusia sama ye disisi Allah.. Tak perlu nak bongkak sangat.. Chill sudah.. 2 hari aku tak jejakkan kaki aku di ofis.. Tak tahulah ada elektrik ke tidak (Isnin aritu bergelap).. Atau tetiba ada latihan kebakaran ke.. Yang aku tahu, memang si Aireen tu tak ade.. Hahaha.. Aku gi mana?? Gi PICC menyokong kerajaan dalam menarik ramai lagi company besar yang lain untuk join program SL1M.. Dan tentunya aku terlibat dalam persembahan secara tak langsung.. hik3.. The best word ever untuk semua peserta program SL1M @ TM..  YOU'RE AWESOME!!! Kenapa?? Sebab kitaorang persembahkan 5-star performance.. YESSSSS!! Sebenarnya, kerjasama yang paling pen...

Jatuh Ditimpa Tangga.. Dihempap Konkrit!! Grrrrrr!!

Semalam hari paling hepi gua.. Sebab gua dapat menikmati MekDi dengan percuma.. GCB tu memang mengancam.. Dan paling seronok, menyorok makan kat bawah meja pejabat.. Hak3.. Kredit tu Nana.. Sebab dengan rela hati berkongsi rezeki dengan gua.. Tiba waktu balik, gua ngan Nana semangat turun awal.. Dan bapak gua pun sampai awal untuk menjemput gua.. Sorry eh, gua belum lagi insaf dalam hal-hal merempit ni.. Cuma lagi best melayan angin di atas motor di tempat duduk belakang.. Hak3.. Cam orang gian kena gam.. Hak3.. ~ Layannnnn Tapi!! Bila bapak gua berhenti menghampiri gua.. Dengan lemah lembut, bapak gua bagi tau yang "Helmet kakak kena curi".. Senang hati gua dengar.. Tenang je.. Cilake itu orang!! Lu nak mampos ke?? Gua punyer limited edition gak yang lu nak curik.. Lain ahhh KHI!! Gua marahhhhhhhh!! Dan merayaulah aku tanpa helmet mengambil udara dengan tenang.. Misi : mencari helmet dengan segera sebelum jumpa Pak Polisi.. (Padahal, bapak sendiri polis.. Hak3..) Lim...