“Erianna. Sekali ini sahaja saya minta awak dengar cakap saya” “Saya tak nak” “Awak nak seksa diri awak sampai bila? Saya pun sedih lepas kita berpisah. Awak nak tinggalkan saya selamanya. Awak tak kasihankan saya?” “Saya dah tak ada alasan nak hidup” “Demi saya” Erianna masih berdegil. Harith makin kehilangan kata-kata. Harith tahu keadaan kesihatan Erianna makin teruk tapi dia tak tahu bagaimana lagi dia mahu memujuk wanita kesayangan dia itu ke hospital. Harith tak mahu kehilangan Erianna. Sayangnya, Erianna terlalu degil. Sedangkan penyakitnya semakin teruk. Erianna menangis. Terlalu banyak penyesalan yang ditanggungnya. Kalau dahulu, ada juga alasan buat dia untuk terus berusaha tapi sekarang dia lebih ingin mengeruhkan keadaan. “Saya tak nak hidup lama. Cukuplah sisa yang tinggal. Berapa lama lagi saya perlu bertahan? Saya dah tak sanggup pura-pura gembira” “Kenapa cakap macam ni? Saya. Awak tak fikir saya?” Yang pergi, urusan dunia telah tamat. Sesekali, Erianna bertanya pad...