Skip to main content

Cinta Yang Gagal ~ 2..

“Erianna. Sekali ini sahaja saya minta awak dengar cakap saya”
“Saya tak nak”
“Awak nak seksa diri awak sampai bila? Saya pun sedih lepas kita berpisah. Awak nak tinggalkan saya selamanya. Awak tak kasihankan saya?”
“Saya dah tak ada alasan nak hidup”
“Demi saya”

Erianna masih berdegil. Harith makin kehilangan kata-kata. Harith tahu keadaan kesihatan Erianna makin teruk tapi dia tak tahu bagaimana lagi dia mahu memujuk wanita kesayangan dia itu ke hospital. Harith tak mahu kehilangan Erianna. Sayangnya, Erianna terlalu degil. Sedangkan penyakitnya semakin teruk.

Erianna menangis. Terlalu banyak penyesalan yang ditanggungnya. Kalau dahulu, ada juga alasan buat dia untuk terus berusaha tapi sekarang dia lebih ingin mengeruhkan keadaan.

“Saya tak nak hidup lama. Cukuplah sisa yang tinggal. Berapa lama lagi saya perlu bertahan? Saya dah tak sanggup pura-pura gembira”
“Kenapa cakap macam ni? Saya. Awak tak fikir saya?”

Yang pergi, urusan dunia telah tamat. Sesekali, Erianna bertanya pada dirinya sendiri. Mampukah dia menghadapi urusan akhirat? Erianna mengeluh. Dia cuma inginkan hidup yang tenang. Dia tak mahu terus-menerus hidup dalam kesakitan. Namun, apa usaha Erianna untuk kekal sihat? Sekali lagi, kopi diteguknya. Kali ini, entah cawan ke berapa telah diteguknya.

“Jaga makan. Masih tak terlambat lagi, Erianna”
“Saya tak nak sedih. Saya cuma gembira bila nampak Cheese Cake Secret Recipe, McDonald”
“Sesekali bole. Jangan selalu”
“Lepas ni, awak kahwin dengan pilihan mak awak, hidup saya jadi apa?”
“Maaf”
“Awak tak salah. Saya yang bodoh sebab masih sayangkan awak”
“Saya tahu. Saya pun sayangkan awak, Erianna”

Seketika suasana tegang. Harith kembali kehilangan kata-kata. Erianna mengesat air mata. Apa yang Erianna pendam, terluah juga akhirnya. Kasih dan cinta buat Harith masih menebal. Namun, Erianna masih kekal dengan pendiriannya. Enggan ke hospital. Harith pula kebuntuan idea dalam memujuk Erianna..

Erianna, aku tetap sayangkan kau. Bisik hati Harith.



Comments

Popular posts from this blog

beautiful friendship!

homaigod...aku baru shaja nak bersih2 kan sawang blog..cik erin dah clean up dulu lah! huhu...tau je aku merindu beliau dan blog hasil prkahwinan idea kau dan aku nikan...(terharu makkk..hohooo) as u be gone..i lead my life alone here my dear friend..but always be strong on my own, mcm kau penah selalu pesan..jangan care hal org kalau org xkacau kite,kite wat hal sndri je.. hidup pun aman.. and tu je lah aku wat skarang..huhu,baik tak aku? last two week memang happening je hidup ku,my bestie erin balik smggu...mulelah stat program gilo kiterg..tau2 dah smpai tangkak..tau2 dah lari ke bekok,mandi air tjun..ahaks,it makes me laugh to remember those time wehh.. what a nice feeling to have someone who knows u well...in and out..mcm2 keje boleh jadik..asal ade je yg usul, jalannnn...xde main hold2 dah..rindu betei nak lepak dengan Aireen Azra lagih.  dan dgn ini aku rase aku akan apply keje di area Lembah Klang,yakni dekat dgn member baik aku supaya mudah untuk berjim...

PICC.. Here, we come... Weeeeeeeeeeeeeeeeeee =D

Hi, guys and girls outside there.. Holla \/ (0.0) \/ Assalamualaikum.. Jawab ye salam yang aku tujukan tuk korang.. Yup, korang.. Aku tak specific kan untuk lelaki hensem sahaja.. Atau buat gadis kiut.. * Adakah aku sedang memerli blog lain?? Hahaha.. Jahat!! Kalau tak hensem, tak cantik, tak perlulah tambah hati yang tak baik tu.. Semua manusia sama ye disisi Allah.. Tak perlu nak bongkak sangat.. Chill sudah.. 2 hari aku tak jejakkan kaki aku di ofis.. Tak tahulah ada elektrik ke tidak (Isnin aritu bergelap).. Atau tetiba ada latihan kebakaran ke.. Yang aku tahu, memang si Aireen tu tak ade.. Hahaha.. Aku gi mana?? Gi PICC menyokong kerajaan dalam menarik ramai lagi company besar yang lain untuk join program SL1M.. Dan tentunya aku terlibat dalam persembahan secara tak langsung.. hik3.. The best word ever untuk semua peserta program SL1M @ TM..  YOU'RE AWESOME!!! Kenapa?? Sebab kitaorang persembahkan 5-star performance.. YESSSSS!! Sebenarnya, kerjasama yang paling pen...

Sekali Lagi Aku Mencari....

Assalamualaikum.. Semoga kita semua sihat hendaknya.. Sebenarnya, aku dah 2,3 kali buka tutup page blog ni.. Teringin nak menaip laju tapi idea penulisan tu asyik tergendala je nak sampai.. Akhir sekali, blog ni pun bersawang jugalah jadinya.. Ada 2 penulis pun, kadang-kadang je menjenguk dari luar pintu blog.. Kih3.. Tajuk post kali ini, agak kabur.. Apa jelah yang aku nak cari lagi.. Ye idokk?? Cari kerja baru.. Kih3.. Selamat sudah aku mengucapkan selamat tinggal pada company.. Padahal surat resign pun belum print.. Kih3..  Event terakhir yang aku ikut adalah di Holiday City Villa, Alor Setar.. Mungkin dugaan dari Allah SWT, dengan izinNya, aku dikejarkan ke hospital.. Agak kelakar puncanya tapi kalau Allah SWT dah kata jadilah, maka jadilah.. Kun Fayakun..  Seperti event-event yang lain, selesai sahaja tugas kami, kami terus balik ke homestay.. Nak dijadikan punca, aku digigit sekumpulan semut api.. Tindak balas reflek aku, cuma menghentak2 kaki dan berger...