Skip to main content

Cinta.Love.Cinta.Love.

Perkara pertama yang terlintas bila aku nampak novel.. "Semua tuuuu bohonggggg!!".. Uish, pehal lu emo sangat erin.. Mana taknya, aku ni, nak top-up pun berat.. Bukan malas nak gi kedai, tapi dompet dah ringan.. Lagi kan nak membeli novel yang harganya kompem lebih mahal dari top-up.. Cehhhh, lu punya henpon giler punyer hebat, top-up kosong ke, derr?? Shut up lah!! Mana lah korang tau hidup menganggur / budak praktikal tanpa elaun camne.. Orang lain awal-awal bulan senyum memanjang, kitaorang wat muka cuka je beb.. Udah-udah citer bab top-up..

Berapa agak-agaknya kos membeli novel ni semua?? 


Korang cuba bayangkan.. Beli bukan main mahal tapi ending dia dah boleh agak.. Mesti happy ending punya.. Yelah. korang keluarkan duit, kan?? Penulis pun kesian ngan korang, dia mesti nak wat korang sengih-sengih baca cam ada Maharaja Lawak dalam tu.. So, baru korang rasa berbaloi-baloi.. Menipu!! Hakikatnya, punya ramai yang putus cinta kat alam realiti.. Contohnya, aku lah.. Tu yang aku tak puas hati!! Nama nak glamor.. Muka mesti nak cun / hensem.. Ingat orang yang baca tu dari alam kayangan ke?? Manusia, beb.. Standard ah ada yang terlebih cun/hensem, biasa-biasa je dan terkurang sikit.. Yang watak lelaki mesti nak kaya.. Uishhh, pemikiran pattern tertutup!! Pehal?? Kalau miskin, kena kahwin ngan miskin gak ahhh.. Kalau kaya, kena kahwin ngan kaya gak ahhh.. Soal jodoh, rezeki ni.. Atas kuasa Allah, ok..

Yang filem, tak payah kata lah.. Bab-bab cinta terlarang tu, kompem ada.. Kaum mak-mak ni tak boleh terima calon menantu biasalah.. Kaum bapak-bapak pula tak boleh kalau menantu nak berdikari sendiri lah.. Bosanlah, beb.. Biarkan jelah anak-anak buat pilihan dia.. Ni tak.. Tak habis-habis dengan ugutan lah.. Ingatlah, kata-kata dari seorang ibu paling cepat dimakbulkan Allah.. Kalau Nabi Muhamad kita yang tiada berharta itu pun dilamar oleh Siti Khadijah yang memang terkenal dengan kekayaan dia.. Siapalah kita dalam memberi hukuman kepada anak sendiri.. Hukum dan janji Allah tu lebih berkuasa dari segala-galanya.. Kita ini cuma sementara di dunia ini.. Apa salahnya kalau kita sama-sama mengejar redha Allah dari mencari musuh di dunia..Perkahwinan tu seindah-indah alam bagi yang ingin mengejar kebahagiaan.. Sudahlah menggabungkan dua keluarga.. Menambahkan zuriat.. Bagi wanita yang idamkan syurga, cukuplah dia taat kepada suaminya.. Bagi lelaki yang tak mahu dipersoalkan tanggungjawabnya di akhirat, majulah dengan menjadi ketua keluarga yang sebaik-baiknya.. 

Kadang-kadang, aku ni tertanya-tanya gak.. Kalau semua pasangan suami isteri kena sama-sama cantik, sama-sama padan.. Macamlah diaorang ni kahwin sehari atas pelamin, nak berbangga depan kamera, depan tetamu.. Yang tak berapa nak cantik, tak berapa nak padan tu, kena reject ahhh?? Pe lah punya pemikiran.. Dah tu, bila tak berkenan, mulalah nak menentang habis-habisan.. Sanggup ugut-mengugut, sumpah-menyumpah.. Yang main sihir lagi hebat.. Bukan nak mencari jalan berdamai.. Yang pihak wanita sakitkan hati pihak lelaki.. Yang pihak lelaki sanggup carikan pasangan baru tuk lelaki tu.. Sanggup paksa anak kahwin dengan orang yang dia tak suka.. Peliklah!! Just chill relaks-relaks, tak bole ke?? Korang ni kejar dunia, cam dunia ni nak upgrade dari bumi nak jadi Marikh.. Adoiii, duit boleh dicari.. Ilmu boleh digali.. Tapi, culture harus diubah.. Pemikiran biar terbuka luas..

Aku dah bosan tengok Asmara sampai bersambung ke Asmara 2.. Sudahnya, terpisah jua.. Aku dah bosan tengok Sejuta Cinta Marshanda.. Ada je halangan.. Aku bertambah-tambah bosan tengok AdaMaya.. Jodoh pilihan orang tua adalah terbaik.. Kalau bahagia, kalau tak?? Ada diaorang nak tanggung?? Aku semakin bosan dengan drama Melayu dan novel Melayu.. Langsung tak berkembang.. Akhirnya, mak pak duk depan tv, anak gak yang menanggung.. Sekarang duk sibuk tengok Nora Elena.. Tu lagi satu contoh, bila anak asyik nak duk berpura-pura bahagia depan mak pak.. Lama-lama, semua keluarga nak tiru jadi director filem.. Huh!!


Comments

Popular posts from this blog

PICC.. Here, we come... Weeeeeeeeeeeeeeeeeee =D

Hi, guys and girls outside there.. Holla \/ (0.0) \/ Assalamualaikum.. Jawab ye salam yang aku tujukan tuk korang.. Yup, korang.. Aku tak specific kan untuk lelaki hensem sahaja.. Atau buat gadis kiut.. * Adakah aku sedang memerli blog lain?? Hahaha.. Jahat!! Kalau tak hensem, tak cantik, tak perlulah tambah hati yang tak baik tu.. Semua manusia sama ye disisi Allah.. Tak perlu nak bongkak sangat.. Chill sudah.. 2 hari aku tak jejakkan kaki aku di ofis.. Tak tahulah ada elektrik ke tidak (Isnin aritu bergelap).. Atau tetiba ada latihan kebakaran ke.. Yang aku tahu, memang si Aireen tu tak ade.. Hahaha.. Aku gi mana?? Gi PICC menyokong kerajaan dalam menarik ramai lagi company besar yang lain untuk join program SL1M.. Dan tentunya aku terlibat dalam persembahan secara tak langsung.. hik3.. The best word ever untuk semua peserta program SL1M @ TM..  YOU'RE AWESOME!!! Kenapa?? Sebab kitaorang persembahkan 5-star performance.. YESSSSS!! Sebenarnya, kerjasama yang paling pen...

Jatuh Ditimpa Tangga.. Dihempap Konkrit!! Grrrrrr!!

Semalam hari paling hepi gua.. Sebab gua dapat menikmati MekDi dengan percuma.. GCB tu memang mengancam.. Dan paling seronok, menyorok makan kat bawah meja pejabat.. Hak3.. Kredit tu Nana.. Sebab dengan rela hati berkongsi rezeki dengan gua.. Tiba waktu balik, gua ngan Nana semangat turun awal.. Dan bapak gua pun sampai awal untuk menjemput gua.. Sorry eh, gua belum lagi insaf dalam hal-hal merempit ni.. Cuma lagi best melayan angin di atas motor di tempat duduk belakang.. Hak3.. Cam orang gian kena gam.. Hak3.. ~ Layannnnn Tapi!! Bila bapak gua berhenti menghampiri gua.. Dengan lemah lembut, bapak gua bagi tau yang "Helmet kakak kena curi".. Senang hati gua dengar.. Tenang je.. Cilake itu orang!! Lu nak mampos ke?? Gua punyer limited edition gak yang lu nak curik.. Lain ahhh KHI!! Gua marahhhhhhhh!! Dan merayaulah aku tanpa helmet mengambil udara dengan tenang.. Misi : mencari helmet dengan segera sebelum jumpa Pak Polisi.. (Padahal, bapak sendiri polis.. Hak3..) Lim...

beautiful friendship!

homaigod...aku baru shaja nak bersih2 kan sawang blog..cik erin dah clean up dulu lah! huhu...tau je aku merindu beliau dan blog hasil prkahwinan idea kau dan aku nikan...(terharu makkk..hohooo) as u be gone..i lead my life alone here my dear friend..but always be strong on my own, mcm kau penah selalu pesan..jangan care hal org kalau org xkacau kite,kite wat hal sndri je.. hidup pun aman.. and tu je lah aku wat skarang..huhu,baik tak aku? last two week memang happening je hidup ku,my bestie erin balik smggu...mulelah stat program gilo kiterg..tau2 dah smpai tangkak..tau2 dah lari ke bekok,mandi air tjun..ahaks,it makes me laugh to remember those time wehh.. what a nice feeling to have someone who knows u well...in and out..mcm2 keje boleh jadik..asal ade je yg usul, jalannnn...xde main hold2 dah..rindu betei nak lepak dengan Aireen Azra lagih.  dan dgn ini aku rase aku akan apply keje di area Lembah Klang,yakni dekat dgn member baik aku supaya mudah untuk berjim...