Skip to main content

Salam Ramadhan, Kawan-kawan Semua..

Dah seminggu berpuasa.. Aku baru sempat nak ucap selamat berpuasa kepada Nana, kawan-kawan yang dikasihi sekalian.. Hik3.. Mesti ada yang nak kata, "Lu sibuk sangat ke, derr??"..

Jawapannya, memanglah tak berapa nak sibuk, cuma kuat menyibuk.. Hak3.. 15hb Julai ari tu, aku ngan Nana dah abis praktikal kat Telekom.. Dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kat semua warga TM sebab sudi memberi tunjuk ajar dan kerjasama.. Serius, tempoh 2 bulan 2 minggu tu memang tak terasa apa lah sangat.. Kecuali bosan, mengantuk dan terhantuk di meja.. Hik3.. Tu time tak de keje lah.. Dan, aku paling rindu Nana.. Dulu, aku sampai naik jemu tengok muka dia.. Sekarang, "Na, mari KL.. Aku rindu ke mu ni.." Faham ke?? Baguslah kalau tak faham sebab tu dialog dari aku untuk Nana.. Hik3..

Awal Ramadhan, aku sempat ditemuduga.. Interview dalam bahasa Inggeris.. Hak3.. Dan alhamdulillah dan syukur kepada Illahi, aku dapat kerja tu.. Sebagai apa?? Ish, malu nak bagitau.. Sales coordinator je.. Gaji pun kecik je.. Hak3.. Saja bagitau hal 'gaji kecik' tu.. So korang jangan minta duit raya dari aku.. Hak3.. Kedekut!! Biarlah, duit aku..

Sebagai Sales coordinator, aku menghabiskan hari pertama aku kerja dengan meronda semua jenis bilik dekat hotel tu.. Ehhh, lupa nak bagitau.. Aku kerja kat Oriental Crystal Hotel, Kajang.. Semua maklumat aku kena hafal, senang kalau customer tanya nanti.. Huh!! Bersepah info hotel dalam kepale aku ni.. Adoooiii!!

Setelah seminggu aku kat hotel ni, aku rasa ok jugalah kerja baru aku ni.. Serius, kerja kat hotel.. Kepala aku memang akan menjadi biul seketika.. Hak3.. Sebab geng-geng kerja yang biul-biul belaka..

Ni lah hotel nyerrr..
P/s : Sape belum beli baju raya lagi?? Tak pe.. Tahun depan pun kita bole raya.. Motif?? Saja nak bagitau baju raya aku dah bertahun siap.. Hik3.. Dan cuti telah pun diluluskan.. Nenek, tunggu kepulanganku.. Balik kampung, ho ho ho , balik kampung..

Comments

Popular posts from this blog

Sekali Lagi Aku Mencari....

Assalamualaikum.. Semoga kita semua sihat hendaknya.. Sebenarnya, aku dah 2,3 kali buka tutup page blog ni.. Teringin nak menaip laju tapi idea penulisan tu asyik tergendala je nak sampai.. Akhir sekali, blog ni pun bersawang jugalah jadinya.. Ada 2 penulis pun, kadang-kadang je menjenguk dari luar pintu blog.. Kih3.. Tajuk post kali ini, agak kabur.. Apa jelah yang aku nak cari lagi.. Ye idokk?? Cari kerja baru.. Kih3.. Selamat sudah aku mengucapkan selamat tinggal pada company.. Padahal surat resign pun belum print.. Kih3..  Event terakhir yang aku ikut adalah di Holiday City Villa, Alor Setar.. Mungkin dugaan dari Allah SWT, dengan izinNya, aku dikejarkan ke hospital.. Agak kelakar puncanya tapi kalau Allah SWT dah kata jadilah, maka jadilah.. Kun Fayakun..  Seperti event-event yang lain, selesai sahaja tugas kami, kami terus balik ke homestay.. Nak dijadikan punca, aku digigit sekumpulan semut api.. Tindak balas reflek aku, cuma menghentak2 kaki dan berger...

Round over Semenanjung Malaysia..

Hi to all readers.. Don't even care if there is nobody to read my post because I know there is a girl, who live so far, far away from me will read my post.. Of course and for sure, that girl is you, Nana.. Thanks for the previous post.. Just read it.. Very touching.. Sorry because I'm letting the spider to build its web here.. No one want to sweep it with new gossips.. Haha.. Even us don't have a such free time to chat together.. Yupp.. In the reality.. Even in facebook.. We don't chat anymore but then, she always in my heart.. That's the reason why I be at Terengganu last week.. Nana, seriously, I'm waiting you to be here.. In KL.. Be together seeking a better job, perhaps.. Seeking our own star.. Our own destiny.. This life is not too simple as we think it is.. We need to run (yupp, in this stage of age) to achieve our target.. But, what is your target in life?? Even me, don't know what I try to achieve.. Empty.. Re-plan again.. Empty.. Re-pl...

KITA DAH TUAAA LA GILAAAAA

 OMG. I MISS THOSE DAYS WITH AIREEN AZRA....WHEN I REREAD OUR BLOG..HAHAAA  HANG RINDU AKU TAK WEIII.... ZAMAN DAH BERUBAH. NOBODY BLOGS ANYMORE.YET KAMI, STILL IN CONTACT EVEN SORANG JAUH KE BARAT , SORANG JAUH KE UTARA SIAM....... BETULLAH ZAMAN UNI ZAMAN KO HIDUP,MAKAN,LEPAK LIFE DGN BFF TAKKAN SAMA DAH BILA HANG DEWASA. BILA HANG DAH KOMIT.DH ADA FAMILY.. MASING2 PERLU KOMITED TO WHAT IN FRONT OF US.. TO SUSTAIN... KENANG2 KAN BALIK SERONOK NYAA NAIK MOTO G CLASS DGN AIREEN..MINAH MOTOR MERAH,ACAH TERER TU KAN KAN..PASTU KAN DIE JATUH MOTO TGOLEK2..HAHA..AKU NI LA KUTIP...HAHA.