Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Friday, July 8, 2011

Cinta Yang Gagal ~ 2..

“Erianna. Sekali ini sahaja saya minta awak dengar cakap saya”
“Saya tak nak”
“Awak nak seksa diri awak sampai bila? Saya pun sedih lepas kita berpisah. Awak nak tinggalkan saya selamanya. Awak tak kasihankan saya?”
“Saya dah tak ada alasan nak hidup”
“Demi saya”

Erianna masih berdegil. Harith makin kehilangan kata-kata. Harith tahu keadaan kesihatan Erianna makin teruk tapi dia tak tahu bagaimana lagi dia mahu memujuk wanita kesayangan dia itu ke hospital. Harith tak mahu kehilangan Erianna. Sayangnya, Erianna terlalu degil. Sedangkan penyakitnya semakin teruk.

Erianna menangis. Terlalu banyak penyesalan yang ditanggungnya. Kalau dahulu, ada juga alasan buat dia untuk terus berusaha tapi sekarang dia lebih ingin mengeruhkan keadaan.

“Saya tak nak hidup lama. Cukuplah sisa yang tinggal. Berapa lama lagi saya perlu bertahan? Saya dah tak sanggup pura-pura gembira”
“Kenapa cakap macam ni? Saya. Awak tak fikir saya?”

Yang pergi, urusan dunia telah tamat. Sesekali, Erianna bertanya pada dirinya sendiri. Mampukah dia menghadapi urusan akhirat? Erianna mengeluh. Dia cuma inginkan hidup yang tenang. Dia tak mahu terus-menerus hidup dalam kesakitan. Namun, apa usaha Erianna untuk kekal sihat? Sekali lagi, kopi diteguknya. Kali ini, entah cawan ke berapa telah diteguknya.

“Jaga makan. Masih tak terlambat lagi, Erianna”
“Saya tak nak sedih. Saya cuma gembira bila nampak Cheese Cake Secret Recipe, McDonald”
“Sesekali bole. Jangan selalu”
“Lepas ni, awak kahwin dengan pilihan mak awak, hidup saya jadi apa?”
“Maaf”
“Awak tak salah. Saya yang bodoh sebab masih sayangkan awak”
“Saya tahu. Saya pun sayangkan awak, Erianna”

Seketika suasana tegang. Harith kembali kehilangan kata-kata. Erianna mengesat air mata. Apa yang Erianna pendam, terluah juga akhirnya. Kasih dan cinta buat Harith masih menebal. Namun, Erianna masih kekal dengan pendiriannya. Enggan ke hospital. Harith pula kebuntuan idea dalam memujuk Erianna..

Erianna, aku tetap sayangkan kau. Bisik hati Harith.



Pages