Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Thursday, May 31, 2012

Kuala Lumpur, Aku Kembali.. Sayonara Melaka..



Maafkan aku terlebih dahulu kerana pemergian aku ke Melaka secara tetiba.. Huk3.. Kenapa aku ke Melaka?? Mencuba nasib masuk Skim Latihan 1 Malaysia bawah anjuran Telekom Malaysia sebenarnya.. Mana tau untung badan, diserap masuk.. Jadi, staff TM lah jawabnya.. InsyaAllah, Amin..

Skim Latihan 1 Malaysia, satu cara mengurangkan pengangguran?? Mungkin.. Pada aku, selayaknya sebelum graduasi lagi sepatutnya program ini dijalankan.. Yelah, tak adalah kami penganggur-penganggur mensia-siakan masa terlalu lama.. Huk3.. Ye idok??

Aku melaporkan diri di Universiti Multimedia, Melaka pada 12 April 2012.. Sejak bila Eryn jadi serius ni.. Kihkihkih.. Tetiba gua merasa jadi budak Private U duhh.. Menebal sekejap rasa bangga diri.. Hik3.. Mula-mula, stay kat hostel MMU.. Sebulan kemudian, stay kat Ayer Keroh Country Resort.. Bilik pun housekeeping kemas.. Tau-tau dah kemas bilik aku..

Ni kira cam intro.. Banyak lagi aku nak kongsi.. Pahit manis dalam SL1M.. Sekarang, aku di Level 3, TM Bukit Mahkamah, Jalan Raja Chulan.. 6 months to go.. Yahoooooo!!

Pages