Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Sunday, August 7, 2011

Salam Ramadhan, Kawan-kawan Semua..

Dah seminggu berpuasa.. Aku baru sempat nak ucap selamat berpuasa kepada Nana, kawan-kawan yang dikasihi sekalian.. Hik3.. Mesti ada yang nak kata, "Lu sibuk sangat ke, derr??"..

Jawapannya, memanglah tak berapa nak sibuk, cuma kuat menyibuk.. Hak3.. 15hb Julai ari tu, aku ngan Nana dah abis praktikal kat Telekom.. Dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kat semua warga TM sebab sudi memberi tunjuk ajar dan kerjasama.. Serius, tempoh 2 bulan 2 minggu tu memang tak terasa apa lah sangat.. Kecuali bosan, mengantuk dan terhantuk di meja.. Hik3.. Tu time tak de keje lah.. Dan, aku paling rindu Nana.. Dulu, aku sampai naik jemu tengok muka dia.. Sekarang, "Na, mari KL.. Aku rindu ke mu ni.." Faham ke?? Baguslah kalau tak faham sebab tu dialog dari aku untuk Nana.. Hik3..

Awal Ramadhan, aku sempat ditemuduga.. Interview dalam bahasa Inggeris.. Hak3.. Dan alhamdulillah dan syukur kepada Illahi, aku dapat kerja tu.. Sebagai apa?? Ish, malu nak bagitau.. Sales coordinator je.. Gaji pun kecik je.. Hak3.. Saja bagitau hal 'gaji kecik' tu.. So korang jangan minta duit raya dari aku.. Hak3.. Kedekut!! Biarlah, duit aku..

Sebagai Sales coordinator, aku menghabiskan hari pertama aku kerja dengan meronda semua jenis bilik dekat hotel tu.. Ehhh, lupa nak bagitau.. Aku kerja kat Oriental Crystal Hotel, Kajang.. Semua maklumat aku kena hafal, senang kalau customer tanya nanti.. Huh!! Bersepah info hotel dalam kepale aku ni.. Adoooiii!!

Setelah seminggu aku kat hotel ni, aku rasa ok jugalah kerja baru aku ni.. Serius, kerja kat hotel.. Kepala aku memang akan menjadi biul seketika.. Hak3.. Sebab geng-geng kerja yang biul-biul belaka..

Ni lah hotel nyerrr..
P/s : Sape belum beli baju raya lagi?? Tak pe.. Tahun depan pun kita bole raya.. Motif?? Saja nak bagitau baju raya aku dah bertahun siap.. Hik3.. Dan cuti telah pun diluluskan.. Nenek, tunggu kepulanganku.. Balik kampung, ho ho ho , balik kampung..

Pages