Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Sunday, July 29, 2012

Apa Akan Kita Lakukan..

Assalamualaikum..

Sudah 9 hari kita berpuasa.. Camne?? Berjaya tak kawal nafsu?? Nafsu makan tatkala berjalan 46 kali pusingan bazar Ramadan.. Sebenarnya, bagus juga kita berjalan kat bazar Ramadan tu, bole buang kalori.. Dah ala-ala jalan kat Taman Tasik Permaisuri.. Tapi dengan syarat, abis pusingan ke-4, baru start beli.. Dah penat, mesti korang beli apa yang terdaya sebab nak balik cepat-cepat.. Kurang sikit belanja tu.. Ye idokk??

Tetiba teringat kes serangan tembakan tayangan perdana Batman tu.. Yupp, James Holmes yang mungkin bengang sebab watak Joker tak ada dalam filem tu.. Giler ke tak giler Holmes ni, aku pun tak tahu.. Nah linknya.. http://mynewshub.my/2012/07/29/penembak-batman-pesakit-mental/ Baca sendiri ehh.. 

Mangsa Holmes yang maut ni, ada yang aku baca sebab melindungi kekasih mereka.. Dalam saat genting tu, dengan 60 tembakan seminit, apa yang kau lakukan bukan lagi dengan pemikiran logik tapi lebih pada gerak hati.. Dapat dibayangkan betapa ikhlasnya beliau mencintai wanita beliau sehingga nyawa yang dikorbankan.. Dan gambar kekasih hati beliau menangis di kubur beliau buat aku terharu sehingga menitiskan air mata.. Kalau aku berada di tempat kekasih beliau, akan aku berdoa supaya jodoh kami disambung ke Syurga.. Rasanya kalau ada beribu mencintai pun, ada ke lelaki yang sanggup berkorban seperti beliau?? Adoooii, tak dapat bayang aku kalau lelaki yang aku sayang mati dalam pangkuan aku.. Seumur hidup aku akan terkenangkan kenangan terakhir itu.. Seolah-olah tak berganjak waktu..

Sekarang, aku nak kongsi gambar.. 

Gambar yang aku ambil pada hari ke-2 Ramadan, 2012.. Kat ofis TM..

Gambar bersama Nana tahun 2010.. Dinner, sebab tu melaram lebih.. Hik3..

Tugasan buat Nana.. Antara gambar yang kau post sehari sebelum Ramadan dengan dua gambar di atas.. Tidakkah kau rasa sekarang aku lagi kurus?? Hahaha.. ~ Tetiba aku perasan yang tudung ngan selendang aku ada motif yang sama..  

Memandangkan raya lambat lagi.. Aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. Semangat weii kejar pahala.. 

Assalamualaikum..

Thursday, July 19, 2012

Hari Terakhir Buat Syaitan-syaitan Kemas Beg..

Assalamualaikum.. Jawab, jangan tak jawab..

Alhamdulillah.. Malam ni, kita akan laksanakan solat tarawih pertama kita pada Ramadhan kali ini.. InsyaAllah, aku pun nak berkejar-kejar ke masjid terdekat dengan harapan dapatlah poin-poin pahala.. Bak kata MekNa kat post sebelum ni.. Cuma aku ni tak ada kat Tesco, Jusco, Giant, Carrefour atau SOGO.. Hahaha.. Jadi, memang tiada keghairahan dalam mengumpul poin-poin ni.. Namun, niat tetap ada untuk jadi muslimah solehah.. Ececeh..

Aku ada berita baik buat semua muslim sedunia.. Apa berita baiknya?? Syaitan-syaitan akan bercuti selama sebulan.. Hari ni hari last mereka kemas beg dan nak duk jauh-jauh dari anda, anda, ya anda semua.. 


Kepada peminat MU, jangan marah eh.. Hik3.. Sebab aku pun peminat MU.. Cuma gambar ni kiut sangat.. Kasi pinjam kejap eh.. Hak3..

Hari Sabtu lepas, Alhamdulillah ada kesempatan jumpa Nana.. Malangnya, terlupa nak snap gambar.. Adoiii.. Tak pe, tak pe.. InsyaAllah ada peluang lain kali.. 

Niat hari Sabtu tu, memang baik punya.. Ikut serta dalam program gotong-royong anjuran TM.. Penyokong TM kan aku ni.. Tapi sebab butthurt ngan seorang abang ni.. Aku tanpa segan silu terus tahan teksi nak balik..  Aku memang bab-bab memerlukan kesabaran ni gagal sentiasa.. Daripada ada yang bertumbuk (cisss, cam hebat je) baik aku undur diri.. Bukan mengaku kalah cuma beralah.. 

Kadang-kadang, sakit hati jugak ngan golongan dibantu ni.. Memang aku datang niat nak tolong.. Sukarela lagi.. Cuma, beradablah sikit.. Aishhh.. Jangan orang datang nak tolong, ko lak jadi bos arah-arah.. Tak boleh ke kita buat kerja sama-sama.. Yang aku bersihkan bukan umah aku, tapi tempat tinggal korang.. Yang aku jadi tak tahan, mata lirik-lirik mengarah ko, ditambah lagi ayat-ayat perli ko.. Panaaaasssss hati ni..

Sebelum terlupa.. Nak kongsi sikit gambar-gambar gotong-royong tu.. Hik3.. 

Sempat lagi mencelah.. Hik3..

Gambar cam terlebih kiut ngan baju free ni..

Weeeeeeee =) Ngah happy lagi ni..

InsyaAllah.. Aku bakal berhijrah.. Terus nak tanya aku nak pergi mana, kan?? Aku nak berubah jadi lebih baik.. Doakan aku ye.. Supaya kali ini, benar-benar istiqamah.. Mana lah tau mungkin ini Ramadhan terakhir buat aku.. Menyesal kat akhirat tiada gunanya.. Chewahhh.. Masih belum terlambat walaupun memang dah lambat.. Hik3..

Pssst.. Nana, gambar yang ko kongsikan tu memang aku nampak polos.. Kurus?? Time tu aku ngaku aku kurus sikit.. Hahaha.. Sekarang, aku nampak gemuk ehhh?? Tapi berat turun weiii.. Konpiussss..

Sehingga bertemu lagi.. Sayonara..

Happy Ramadhan

salam jumaat yang  indah alam maya sekelian..
untuk tidak melengahkan masa, dengan ini saya Mekna, mengucapkan......................................
selamat menyambut ramadhan almubarak kepada semua..!! ^_^
selamat mula berpuasa, mula bersahur, mula menziarah bazar2 ramadhan, mula memenuhi masjid2 untuk terawih,at least bulan ini lah kita berkunjung ke rumah Allah dapat pahal berganda-ganda pulak tu..free2 je pahala ni nak kumpul..jgn dikejar poin tesco aje ye dak.point akhirat time ni lah kita nak kumpul banyak2 dari biase. yela aku pun sedar umur ni makin ningkat makna nya makin hampir kita pada akhir umur.
yang penting please please please berbuka mohon jangan membazir makanan, aku pun nak latih diri jgn beli makanan buke ikut napsu napsi..bab ni mencabar betul ni.tahun lepas dah dpt kurangkan pembaziran sebab masak nasik kt rumah,tinggal beli lauk je kat luar.or selang seli aku masak lauk jugak dlm seminggu tu..okey lah so far selalu habis je waktu buka,tak pun forward untuk sahur pedehal kan.hehe.moga taun ni lebih berhasil.




p/s: buat erin,aku mau sgt upload pictures2 kite melepak, makan angin ala tourist tu,dan byk lagi..tapi aku nak susun luh so chill dulu beb.ko tatap gmbar bang idong dulu eh..huahahaha.xboleh aku tgk kau dah kumpul2 khazanah kita keluar kat sini.aku pun nak kuarkan jugak..hahhaa..


aku suke gambo ni.you look happy! dan kurus..err,or ilusi camera aku je neh?hihihi..





Wednesday, June 27, 2012

PICC.. Here, we come... Weeeeeeeeeeeeeeeeeee =D

Hi, guys and girls outside there.. Holla \/ (0.0) \/

Assalamualaikum.. Jawab ye salam yang aku tujukan tuk korang.. Yup, korang.. Aku tak specific kan untuk lelaki hensem sahaja.. Atau buat gadis kiut.. * Adakah aku sedang memerli blog lain?? Hahaha.. Jahat!! Kalau tak hensem, tak cantik, tak perlulah tambah hati yang tak baik tu.. Semua manusia sama ye disisi Allah.. Tak perlu nak bongkak sangat.. Chill sudah..

2 hari aku tak jejakkan kaki aku di ofis.. Tak tahulah ada elektrik ke tidak (Isnin aritu bergelap).. Atau tetiba ada latihan kebakaran ke.. Yang aku tahu, memang si Aireen tu tak ade.. Hahaha..

Aku gi mana?? Gi PICC menyokong kerajaan dalam menarik ramai lagi company besar yang lain untuk join program SL1M.. Dan tentunya aku terlibat dalam persembahan secara tak langsung.. hik3..

The best word ever untuk semua peserta program SL1M @ TM..  YOU'RE AWESOME!!!

Kenapa?? Sebab kitaorang persembahkan 5-star performance.. YESSSSS!! Sebenarnya, kerjasama yang paling penting dalam menjayakan apa-apa planning sekalipun.. Idea gempak tapi semua nak bawa kepala sendiri.. Tak ada gunanya.. Fullstop!!

With Puan Ann.. HarHarhar.. Tiup kasi tumbang..

Lukisan Cik Balqis.. Aku tak puas hati sebenarnya ni.. 

With my dear friends.. Balqis, Hirfaniza and Atiey..

Again, with Puan Ann.. Hahaha.. Aku yang menumpang kamera beliau..

So, aku kongsikan gambar aku di PICC.. *Untuk tatapan Nana sebenarnya...


Gambar majlis?? Lain kalilah.. Harharhar.. Sakit hati tak??

Papai.. Jumpa kat post lain k.. Dan aku masih kesedihan mengenangkan beg Maybank warna kuning yang diberi secara percuma bersama pen2 yang diberi oleh Ann dan adik aku hilang sama sekali.. Kepada yang mencuri, maaf sebab aku maki hamun ko giler-giler.. Hik3.. Mujur sempat keluarkan henfon...

Thursday, June 14, 2012

:: 2 Bulan di MMU ::

Salamu'alaik..

Dah janji kan nak kongsi gambar dalam kelas?? Ni jelah yang aku nak kongsi.. Nana, sehingga ke Melaka aku bawa baju yang kau bagi.. I miss u so much..

Aku pakai baju Nana bagi.. Hik3..

Lab 1 at FOSEE.. Tukar pose je punn..

Kenangan terakhir aku berposing sebelum terseliuh.. Hahaha..

Sambil2 tunggu bas nak gerak.. Mujur tak kena tinggal..

Pakai tudung, time ni.. Hik3..

Duduklah.. Kasi chance orang lain nampak tinggi..

Bangunan straw paling tinggi.. Hahaha..

Semangat kutip Bank Statement.. Semangat jadi Assistant Group Leader...

Hari terakhir di Lab 1 FOSEE.. Sayonara..
Nampaklah sikit gaya eksekutif.. Haha.. Gambar sebelum ni macam gambar PLKN je kan.. Hahaha.. Padahal PLKN pun tak pernah join.. Sukahati je nak samakan..

Kalau ada masa, aku kongsi pengalaman di TM Bukit Mahkamah pulak.. Adiossss.. Hahaha..

Wednesday, June 13, 2012

Oren.. Orange.. Oyennnn..

Pehal nampak ORANGE je ni?? Nama pun TM.. Inilah sedikit sebanyak program-program yang aku lalui di Multimedia University, Ayer Keroh, Melaka.. Dah janji nak kongsi.. So, aku updatelah sini sikit..

Hari Terakhir Kami Bersama -29/5/2012 (MMU Hall)

Khusyuk tak kitaorang dengar Abang Salemm ni cakap?? (Tasik Ayer Keroh) 

Tournament Bowling Besar-besaran (Ayer Keroh Bowling Centre)

Lepas kena lumpur, mandi hujan lak ( Sg Udang Camp)

Aksi-aksi lepas bersihkan pantai (CSR di Pantai Puteri)

Tournament Bowling Hari ke-2 

Naik tangga pun sempat senyum..

Last day at Sg Udang Camp (Legaaaaaaa!!)

Nampak tak aku nak pedajal sape?? (Sg Udang Camp)

Ciss!! Buah oren bergambar.. (Sg Udang Camp)

Hari ke-3 kami berkenalan.. Go Jebat!! (MMU Lobby)

Buah-buahan paling besar.. Syabas Beng Teng.. (Sg Udang Camp)

Posing kiutttt depan khemah.. Hahaha.. (Sg Udang Camp)

Jebat Group.. Akulah Assistant Group Leader yang garang tu..



Nak gambar lagi?? Udah-udahlah.. Mujur kerja kat TM, laju sikit internetnya.. Happening sangat program Skim Latihan 1 Malaysia ni.. Joinlah batch-batch akan datang.. Hik3..

Camnilah.. Kalau ada masa, aku kongsi gambar dalam kelas kat MMU pulak.. Ni baru citer sabtu ahad je.. Bye for now..

Thursday, May 31, 2012

Kuala Lumpur, Aku Kembali.. Sayonara Melaka..



Maafkan aku terlebih dahulu kerana pemergian aku ke Melaka secara tetiba.. Huk3.. Kenapa aku ke Melaka?? Mencuba nasib masuk Skim Latihan 1 Malaysia bawah anjuran Telekom Malaysia sebenarnya.. Mana tau untung badan, diserap masuk.. Jadi, staff TM lah jawabnya.. InsyaAllah, Amin..

Skim Latihan 1 Malaysia, satu cara mengurangkan pengangguran?? Mungkin.. Pada aku, selayaknya sebelum graduasi lagi sepatutnya program ini dijalankan.. Yelah, tak adalah kami penganggur-penganggur mensia-siakan masa terlalu lama.. Huk3.. Ye idok??

Aku melaporkan diri di Universiti Multimedia, Melaka pada 12 April 2012.. Sejak bila Eryn jadi serius ni.. Kihkihkih.. Tetiba gua merasa jadi budak Private U duhh.. Menebal sekejap rasa bangga diri.. Hik3.. Mula-mula, stay kat hostel MMU.. Sebulan kemudian, stay kat Ayer Keroh Country Resort.. Bilik pun housekeeping kemas.. Tau-tau dah kemas bilik aku..

Ni kira cam intro.. Banyak lagi aku nak kongsi.. Pahit manis dalam SL1M.. Sekarang, aku di Level 3, TM Bukit Mahkamah, Jalan Raja Chulan.. 6 months to go.. Yahoooooo!!

Monday, April 23, 2012

sharing is caring maring maa

hye good people around the blog..assalamualaikum...
walahwey sedih saya nengok blog kite ni bersarang sudah tuan rumah punya sibuk lama tak sapuh! isk.isk. bad owner..kami lah tu.. hehek..sorry little diaries your mama and mummy are very busy women..
mungkin we are far away from each other..cik Erin pun sekarang sedang berkursus di Melaka. Aku pulak sedang habiskan sisa hidup kat Uni aku ni entah bila mau keluar...itu yang menjadikan blog terabai..


Okey topik arini random saje, dalam dunia ni macam-macam orang ade kan..macam2 pegangan, prinsip dan life style. Nak cerita pasai tu ler awok-awok eh..


Dan I have to admit aku ade jugak terpengaruh dengan tulisan2 seperti Cob Nobbler and Obeserius and actually semua yang diorang utarakan tu benar ,tapi pahit dan pedih untuk orang biasa2 mcm aku ni nak cerna apetah lagi mau telan. aku ni bijak pun tak, jadi aku tend to agree with what they say since what they write cam kena je dengan keadaan hidup aku skarang..all the damn ptptn thingi..yg kecoh mcm bodoh pun ade aku tgk, main sembur je nak bantah xmo bayar..sikit pun tak pikir..mase dapat tu cm kere pulok joli, aishhh..sia-sia usia remaja hang..




While on the other hand aku juga still mencari2 identiti diri aku dan nak yakinkan hati aku what is good to do, what is right to do, what I suppose to do? susah kan jadi dewasa ni, terlalu banyak pulak mai kena pikiaq.. bila serabut2 hati ke perut gelisah ke, susah nak buat keputusan ke susah nak buat kerja ke, aku akan beralih pulah ke Blog Ustaz Pahroh Juoi, Inche Gabbana ke..comel lah dye,sampai sekarang misteri je identiti Inche Gabbana tu kan..


from Genta rasa..banyak coretan dia menenangkan..dan Alhamdulillah banyak jugak buat aku berfikir kembali..kesilapan lalu..kealpaan aku sebagai hamba Allah.. sukar nya nak cari seimbang dalam hidup untuk dunia dan akhirat..aduh,mungkin bagi aku je,korang yang dah capai keseimbangan terma tu teruskan je eh..chayok!
Inche Gabbana juga sgt menarik penulisan dia..cool jer,cam kite-kite muda mudi tulis, tapi still dalam bentuk menyampaikan dakwah..and this is very interesting the way he attract people to read. penat dia berwusyu tau..hehehee
well as for me, aku akan berusaha cari ilmu dari pelbagai pandangan, different point of view.. and keep urging myself to search a little bit about everything..
sebab benda-benda macam tu open up my mind secara tak langsung. Dan saya dapat menjadi orang yang lebih berfikir, lebih matang. oh dah besar aku rupanya..hmm(=____=) Knowledge tu memey power lah! xcaye jom kite membace beramei2..


meh nak share few blogs I read..some of them dah femes pun, saje je lah untuk yg baru nak berpakpungpakmustape dalam dunia belog kot tak tahu, ni nak bagi tahu lah...


http://angelwearsgucci.blogspot.com/    (Blog osem Inche Gabbana)


http://genta-rasa.com/  (Blog Ustaz pahrol Mohd Juoi)


http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/  (Blog Nami Cob Nobbler)


http://chedet.cc/blog/   (Blog Tun Dr Mahathir..ni baru jumpe,never knew he do blog!cool..)


http://www.obefiend.blogspot.com/   (Blog Obefiend)


http://mualaffalbidayuhi.blogspot.com/  (Blog ustaz Rasyidi Abdullah,ini pun baru discover..)


bak kate ustaz Pahrol "kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!"



Thursday, February 9, 2012

........Random Facts........


Aloha,
Hello,
Bounjourr.....

Since I know I not so good at saying things, and I prefer to go for facts stuff on the webs....
dan ini yang eden dapat maka eden share untuk memenuhi ruang blog nih....enjoice jelah walau xmenarik mana hehee..

Tumblr: aku ade tumblr ni secara tak sengaja..start dengan aireen kot time praktikal dulu..haha..now rolling in the deep je bila on tumblr...the facts, pictures, and quotes are so sarcastic at times yet so enjoyable!


so true..haha..but I am plain girl and rarely carry bags around..but hey that is the nature of a girl.


Uber Facts:
Research shows that men tend to fall in love after just three dates, but women don't fall in love until date 14.

"Scopophobia" is the morbid fear of being seen or stared at by others.

Stress can alter blood sugar levels, which can cause mood swings, fatigue, hyperglycemia, heart attack and diabetes.

Lady Gaga, Rihanna and Katy Perry are all younger than Avril Lavigne.

The more coffee a person drinks, the more likely they are to hallucinate.
(this explained it all patutla aku khayal byk..haha)

Organized people are less likely to develop Alzheimer's Disease.

In the next 60 seconds, 101 people will die and 261 babies will be born.

---------------------------------------------------------------------

p/s: my matriculation English teacher once said," the material you are reading do reflects your thinking behaviour" 

Jadi jom kita pakat rajinkan diri reading any kind of books as long as it gives you something to ponder about.


Tuesday, January 31, 2012

Kali Pertama Melakar Sejarah..

Walaupun usia perkenalan kami tak pula kami hitung tapi inilah kali pertama aku dan Nana bersiar-siar di Kuala Lumpur.. Hak3.. Dari pertemuan di Midvalley, maklumlah aku nak bersiap-sedia interview sebagai Akauntan.. Mau terbelit lidah den.. Lepak jap kat MPH.. Membacalah kunun.. Seperti kebiasaan, Library pun kami jarang-jarang, kadang-kadang pergi.. Memanglah tak lama duduk membaca tuuuu..

Nak kemana lagi??

Nana nak usha kasut.. Aku kata buat apa kita lepak Midvalley.. Jom, Timesquare.. Tapi, punyalah pemalas nak berpusing-pusing.. Tetiba, kami buat keputusan ke KL Sentral.. Poyo nak gi Timesquare.. Barulah tersedar nak lalu line mana.. Adoiiiiii.. Nak gi cari Monorel, malas lak nak berjalan.. Jadi, grab ticket ke KLCC..

Yooooo, kitaorang pun pusing kat KLCC cam orang tak ada tujuan langsung.. Hahaha :D

Turun naik eskalator.. Bajet cam happy je lalu iSetan tuuuuu.. Melepak tepi koridor, usha bakal-bakal boipren.. Hik3.. Siap kritik fesyen orang ini, orang itu.. Padahal, kitaorang pun sempoi je..

Topik di KLCC cuma pasal Mert dan Mert dan Mert lagi.. Pasal apa?? Ramai kat situ rupa dia.. Turki mariiiii.. Mert tu siapa?? Siapa entah.. Hahahahaha..

Pastu, nampak taman.. Aku tanya Nana, nak ke gi taman?? Dia geleng je.. Sekali, ambik kau berjalan kaki punyalah jauh dalam sejarah aku dan Nanalah.. Akhirnya kami jumpa Monorel Bukit Nanas.. Tulah, sape suh ajak aku kuar time aku ngah emo.. Tak memasal berjalan tanpa arah tujuan.. Tapi yang penting, kami dapat shot terbaik dengan KLCC.. Perggghhh..

Sampai Monorel Bukit Nanas, kami pun menuju ke Imbi.. Dengan erti kata lain, inilah route paling jauh untuk ke Timesquare.. Hahahahaha.. Padahal, kalau ambik KTM pergi Bank Negara, tukar STAR LRT pergi Hang Tuah.. Dah sampai.. Tapi nak gak KTM Midvalley > KTM KL Sentral > PUTRA KLCC > jalan kaki sampai Monorel Bukit Nanas > Monorel Imbi.. Here we are!! Timesquare!!

Terbaik!!

Jalan punya jalan, sempat lagi Nana belikan baju kemeja untuk aku.. Thanks, Nana.. Dan entah apa lagi yang mengarut kami buat.. Oh, ya.. Naik lif, turun lif, turun eskalator dari Level 10.. Ambik kauuuuu!! Rupa-rupanya Food Court dah tukar kat LG.. Cinabeng!!

Lepas makan, balik umah naik Star.. Bye2, Nana.. Jumpa lagi bila aku dapat gaji.. Nanti kita makan Pizza Hut.. Hik3..

Moral of the story :- Hebat tak percutian di Kuala Lumpur?? Semua tren naik.. Hahahaha..

P/s :- Gambar semua kat Nana.. Maklumlah, Samsung Galaxy Note kat kedai lagi.. Hahahahahaha..

Tuesday, January 17, 2012

Bye2 Blackberry Storm!! Hi To My Lovely Samsung W!!

Hari-hari yang aku lalui makin tak tenang.. Sebab dah mengidam nak beli tepon baru.. Mana Blackberry aku?? Dah campak masuk longkang.. Hahaha.. Puas hati aku..

Kalau ada yang baca blog ni, teridam-idam Blackberry.. Sorry ah derr, gua sikit pun takde hati dah nak rujuk Blackberry.. Aku dah ceraikan beliau dengan talak 3.. Sampai aku kena rujuk ngan Nokia C3 aku.. Hik3.. Punya menyampah ngan Blackberry..

Tiap malam, aku asyik mimpikan Samsung Galaxy W..

Sebelum malam ini, termimpi iPod Touch.. Sekali tengok, tak bolehh call.. Waaaaaaaaa.. Terus padam..

Monday, January 9, 2012

Wave S vs BMW...

                            

Entry kali ini, saya nak bercerita tentang budi bahasa..

Nak dijadikan kisah.. Aku teman Arif ke CIMB Sg Buloh.. Punyalah lama menunggu dari nombor 2012 sehingga ke nombor 2024.. Jadi, kami pun dapat tempat duduk.. Letak elok-elok helmet bawah seat.. 2 jam jugalah tunggu.. Sabar jelah..

2024, kaunter 8..


Yesss!! Segeralah Arif bangun.. Seronok-seronok sangat baru keluarkan bonus sambil beria-ia nak larikan buku ASB dia.. Yelah, takut aku nampak amaun, tak memasal pula dia nak kena belikan Blackberry Torch pulak.. Teruslah kami ke kedai makan berdekatan..


Sedap-sedap menghirup Teh 'O' Ais Limau yang menyegarkan.. Sambil makan nasi campur.. Langsung tak hiraukan orang sekeliling pun..

Habis makan.. Pergi kat motor.. ALAMAK, MANA KUNCI??

Dengan selamba, kunci motor awak, mana saya tau.. Kunci motor saya, saya tau lah.. Jadi, dengan kegusaran di hati, Arif kembali ke kedai makan.. Mana tau tercicir.. Takdelah pulak..

Sikit pun aku tak membebel.. Aku cuma tergerak hati suruh dia ke CIMB.. Mana tau tertinggal kat kaunter.. Arif kata tak mungkinlah.. Dah tak nak dengar, aku biarkan je dia cari..

Tetiba, ada seorang lelaki, pangkat abanglah.. Dengan suara ramah, terus tanya aku, "Cari kunci ke?" Aku cuma mengangguk.. "Saya rasa kunci atas kaunter ASB tadi, awak punya," kata abang tadi tu.. Terus je Arif pergi.. Jadi, aku bagi pihak dia ucapkan ribuan terima kasih kat abang tu..

Sambil tu, aku tertanya-tanya, macam kenal pulak orang tu.. Ok.. Sebelum kami keluar dari CIMB, Arif minta laluan dari abang tu nak ambil helmet bawah seat.. Mungkin sebab budi bahasa Arif, abang tu terpanggil nak beritahu kami tentang misteri kunci motor yang tak pula kami tau lokasinya..

Mata aku terus mengekori langkah abang tu.. Cam pelik tetiba muncul.. Al-kisah, punyalah semangat abang tu berhentikan kereta BMW dia ke tepi.. Tanpa mematikan enjin.. Maksudnya, dengan kunci masih di dalam kereta.. Dia melangkah keluar, berjalan sedikit semata-mata nak beritahu tentang kunci motor Wave S Arif..

Terdiam aku..

Agak-agaklah, bang.. Kalau ada orang nampak peluang dan ruang tu, hilang dah BMW sebiji.. Adoiii..

Alhamdulillah, kunci motor pun dijumpai dengan maklumat dari abang BMW.. Tak salah kan kalau kita amalkan budi bahasa yang baik.. Walaupun Wave S tak lah semahal mana nak dibandingkan dengan BMW, itulah harta yang kami ada buat masa ini.. Terima kasih banyak-banyak abang BMW.. Tapi, harap-harap abang janganlah cuai sangat tau lain kali.. Kalaulah semua pemilik BMW baik cam abang tu, aman sikit keadaan di jalan raya, lebuhraya dan dimana-mana jua..

Pages