Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Wednesday, June 29, 2011

WERITTEN LAST WEEK..POSTED THIS WEEK,BZ NYE AKU..OMG...FEMES KALAHKN MNTERI..

"........lonely....'im mr.lonely...i have nobody...all on my own...ownnn....."

tringat pulak kat lagu Lonely yg abang Akon nyanyi dulu...
aku sungguh lonely smlm. opp.opp..bukan lonely tu ok! korg memg..otak tak ke lain kan..
hahaa

lonely in terms of what? aku rase lonely smlm coz rindu zaman aku balik skolah mak bapak ade kt rumah smbut, tnya sekolah mcm ne nana?..rindu akan saat2 itu

so smalam bila aku balik keje..xde org tnya,senyap je gua msuk bilik...jadi emo sensorg... mcmc2 dtg dalam fikiran,
bestnya kalau mama ade, baba ade...mesti aku dmanjakan lg..mesti dpt moto tu yg aku inginkan.
uhh,pokoknya semalm berderai laju..ntah kenapa,nak period agknya......#_#
rindu pada kasih ayah bonda yg tlah pergi... Tuhan lebih sygkan kalian kan..al-fatihah

so here i am again,standing on my own...hoping for better life..

Tuesday, June 28, 2011

Dari Luahan Hati Lelaki..

Ish, erinn still gadis comey ok.. Erinn nak kongsi tentang luahan hati dari kawan erinn, Anipp.. Biasalah kalau lelaki dan perempuan kalau bersembang, nak sembang pasal apa lagi.. Ish, jangan fikir bukan-bukan ok.. Isu perkahwinan ni.. Serius sikit ye..

Anipp kata yang kalau nak kahwin ni, lelaki kena fikir masak-masak.. Tidaklah macam perempuan, kalau kahwin, tanggungjawab makin sikit.. Cuma perlu taat pada suami.. Kalau lelaki :-

Yang pertama
Tanggungjawab bertambah.. Nak jaga parents sendiri.. Nak jaga parents isteri.. Nak jaga isteri lagi.. Nak jaga anak lagi.. Berat sungguh..

Yang kedua
Kalau mencari isteri, Anipp tak galakkan kahwin dengan isteri yang lebih bergaji besar dari lelaki. Tanggungjawab memberi nafkah adalah lelaki. Tapi, kebanyakan lelaki yang berkahwin dengan perempuan bergaji lebih besar ni, selalu abaikan tanggungjawab dia. Memanglah isteri ada gaji. Tapi, itu dari bos dia. Yang dari suami pun perlu, penghargaan dari suami kepada pengorbanan isteri. Tak dapat bagi banyak pun, bagilah juga sebagai syarat. Harap-harap si isteri fahamlah ye. Tapi, kalau erinn lah kan, dah ada duit banyak mesti nak beli yang mahal-mahal jugak. Takut juga kalau dah bergaduh, ada yang terluah tak sepatutnya. Bak kata Anipp, isteri ni umpama orang kepercayaan suami, kalau kata-kata orang lain tak lah memberi kesan mendalam. Tapi kalau isteri sendiri, nyentap nyerr lain macam sikit. Bimbang terlafaz cerai pula.

Yang ketiga
Sekarang ni, ramai perempuan belajar tinggi-tinggi. Tapi, lelaki pula ramai yang pilih nak bekerja. Akhirnya, jadilah cam Anipp. Umur 24 tahun, masih mencari kerja tetap, baru nak sambung diploma. Nak sambung sekarang, kena fikir juga abah pun dah tua. Nanti kalau sangkut nak bayar pengajian akan datang, masalah juga. Kahwin? Belum ada lagi dalam fikiran Anipp. Mungkin lepas belajar baru fikir. Kahwin ni rancangan masa panjang. Kalau gagal, bukan kita suami isteri je yang terlibat tapi satu keluarga besar. Dari mak abah sampai ke anak cucu.

Yang keempat
Soal jodoh ni, bukan aturan kita. Bercinta dah banyak kali, putus cinta pun dah banyak kali. Tapi, tak kahwin-kahwin juga. Bukannya tak laku. Anipp kata bukan jodohlah tu. Tapi, kalau kahwin, lepas tu cerai. Jodoh tak lama lah tu. Tapi, kalau ada yang tak kahwin-kahwin, maknanya jodoh dia dah pergi dahulu. Huk3.

Yang kelima
Perselisihan faham, pertelingkahan dalam perkahwinan. Kita kena sedia dari sekarang. Kena faham tanggungjawab dari sekarang. Bergaduh ni kadang-kadang tentang hal kecik je. Bak kata Anipp lah, pasal tukar pampers anak pun boleh gaduh besar. Yelah, kalau suami gagal didik isteri untuk hormat si suami, susah nak toleransi. Suami jadi pak turut je. Nak membantah, bimbang kalau isteri mengungkit tentang perbelanjaan rumah, kete bagai. Jadi, sebagai suami, kena tip-top dalam semua hal dari isteri. Kan suami tu ketua keluarga. Suami yang dibantu oleh isteri, tak salah. Tapi, jangan sampai isteri pula yang pijak kepala. Kalau jadi isteri pula, janganlah nak berlagak sangat. Semua ni boleh dibawa berbincang. Jangan masa bercinta, semua sanggup. Bila dah benci, semua nak mengungkit. Jadi, berkomunikasi secara berkesan.

Dah tu, sape nak kahwin dengan erinn? Dalam pejabat ni pun, boleh kira berapa lelakinya. Belum ditolak lagi, lelaki orang. Huh!! Damn!!

Monday, June 27, 2011

Cinta Yang Gagal..

Eryna mengeluh.. Kali ini, dia gagal dalam mempertahankan cintanya.. Lidahnya seolah-olah kelu untuk bertikam lidah dengan Encik Mahadi.. Satu demi satu bukti dilemparkan ke muka Eryna.. Eryna masih membatukan diri.. Dia terkhayal dalam kenangan bersama Harith.. Hanya Harith berjaya membuat dia tersenyum dan ketawa.. Hanya Harith yang mampu membebaskan dia dari terus tertekan.. Hanya Harith yang sering menyeka air matanya.. Benar.. Kehidupan Eryna hanya indah bagi mereka yang melihat dari jauh, bukan bagi yang menghadapinya..

"Ayah nak kau putuskan hubungan kau dengan Harith!" jerit Encik Mahadi.. Dia tidak dapat lagi menahan marahnya.. Selama 4 tahun dia berlembut dengan Eryna tapi kali ini langkah Eryna makin jauh.. Bagi Encik Mahadi, ini adalah maruah keluarganya.. Tidak mungkin dia akan membiarkan anaknya untuk berkahwin dengan lelaki seperti Harith.. Harith bukan pilihan terbaik.. Harith tidak layak digandingkan dengan Eryna dan kata-kata Puan Noreen lebih menambahkan kebencian dia kepada Harith..

Semasa Eryna dimarah dan diherdik ayahnya sendiri.. Ditokok tambah lagi hasutan-hasutan kebencian dari emaknya sendiri.. Harith sedang bergelut dalam kesakitan.. Walaupun dari petang lagi Eryna telah meminta izin darinya untuk pulang ke rumah, Harith masih lagi melihat bayang Eryna.. Eryna menangis.. Eryna tersenyum.. Harith cuba mencapai telefon bimbitnya.. Berkali-kali dia cuba menghubungi Eryna tapi hanya suara operator Celcom yang menyahut panggilannya.. Akhirnya, dalam kesakitan, Harith menaip mesej buat Eryna.. Dia sangat mengharapkan Eryna akan membalas dengan segera..

Mesej pertama : "B, kenapa tak jawab telefon? B, Sayang risau ni.."

Namun, tiada maklumbalas dari Eryna.. Satu lagi mesej dihantar..

Mesej kedua : "B, B tidur ke? B dah sampai rumah kan?"

Harith cuma mampu berdoa.. Semoga tiada perkara buruk yang melanda Eryna.. Kemudian, Harith memperbetulkan kedudukan badannya.. Badannya masih sakit-sakit kesan dari hentaman lori kecil tadi.. Harith bersyukur yang dia masih diberi kehidupan dan tangisan Eryna buat dia sebak.. Sekali lagi, dia membuat Eryna sedih.. Sekali lagi, dia membuat air mata Eryna mengalir..

Malam itu, Eryna tak dapat melelapkan mata.. Dia hanya memandang skrin telefon bimbitnya.. Panggilan dari Harith dipandangnya kosong.. Tiada langsung usaha dia untuk menjawab panggilan Harith.. Mesej dari Harith juga tidak dibalasnya.. Cuma air mata yang membasahi pipinya.. Eryna sebak.. Eryna dihimpit rasa bersalah.. Saat Harith paling memerlukan dia sekarang, dia diminta untuk meninggalkan lelaki itu.. Bagaimana Eryna perlu berbicara dengan Harith?? Lelaki yang paling dicintainya, Harith sedang dalam kesakitan dan dia, wanita yang paling Harith cintai sedang ingin menambah kesakitan yang ditanggung Harith..

Eryna buntu.. Antara ibu bapa dan kekasih.. Antara kasih dan sayang.. Eryna menangis lagi.. Dia mengenangkan segala tekanan dari ibu bapanya, Encik Mahadi dan Puan Noreen.. Dia mengenangkan segala budi dari kekasihnya, Harith.. Kali ini, Eryna nekad.. Sakit bagaimana sekalipun, Eryna rela.. Dari kecil, memang Eryna perlu terima aturan hidup dari Encik Mahadi dan Puan Noreen.. Semua alasan mereka adalah untuk melihat kebahagiaan Eryna, sedangkan Eryna semakin tertekan dengan kasih dari ibu bapa yang terus menghimpit.. Eryna hanya impikan kehidupan sederhana dan tenang.. Malam itu, Eryna tidur dengan pisau ditangannya.. Malam itu, Eryna tidur dalam sesalan..

Harith terkejut.. Eryna masih tersedu-sedan.. Cinta antara mereka masih utuh.. Cuma cinta itu kini ditinggalkan tanpa dimiliki.. Pemilik cinta itu telah meninggalkan cinta seorang diri.. Hakikatnya, yang tinggal hanyalah cinta dalam hati.. Kisah cinta sepenuh hati, separuh mati, sesuku hayat dan sekosong harapan.. Harith dan Eryna terpisah dalam cinta yang menyakitkan.. Datin Haida dan Dato' Johan kecewa.. Walaupun harta mereka menggunung, tiada apa dapat mereka lakukan untuk menyatukan anak lelaki kesayangan mereka dengan Eryna.. Kekurangan anak mereka adalah kelebihan Eryna dan kengkuhan Encik Mahadi serta Puan Noreen membantutkan semua usaha..

Mungkin Eryna yang patut dipersalahkan kerana belajar tinggi-tinggi ke menara gading.. Mungkin Harith yang patut dipersalahkan kerana jatuh cinta dengan Eryna.. Mungkin Encik Mahadi patut dipersalahkan kerana lantang menghalang hubungan cinta Eryna dan Harith.. Mungkin Puan Noreen patut dipersalahkan kerana menyuarakan prejudisnya terhadap Harith yang tidak berpelajaran tinggi.. Mungkin Datin Haida dan Dato' Johan yang memikirkan Harith tidak sama seperti anak-anaknya lain dan sering memanjakan Harith.. Dimana silapnya sehingga Eryna dan Harith dipisahkan?? Sedangkan hakikatnya, Harith bukan seorang yang mengambil kesempatan terhadap kelebihan Eryna.. Sedangkan hakikatnya, Eryna hanya idamkan kehidupan yang biasa disamping Harith..

Sekarang, awan mendung berarak di hujung mata Eryna.. Sekarang, kelam malam memenuhi ruang fikiran Harith.. Cinta ini harus berakhir begini sahajakah?? Cinta ini hanya mampu dipendamkan sahajakah dalam hati??


Tuesday, June 21, 2011

Jatuh Ditimpa Tangga.. Dihempap Konkrit!! Grrrrrr!!

Semalam hari paling hepi gua.. Sebab gua dapat menikmati MekDi dengan percuma.. GCB tu memang mengancam.. Dan paling seronok, menyorok makan kat bawah meja pejabat.. Hak3.. Kredit tu Nana.. Sebab dengan rela hati berkongsi rezeki dengan gua..

Tiba waktu balik, gua ngan Nana semangat turun awal.. Dan bapak gua pun sampai awal untuk menjemput gua.. Sorry eh, gua belum lagi insaf dalam hal-hal merempit ni.. Cuma lagi best melayan angin di atas motor di tempat duduk belakang.. Hak3.. Cam orang gian kena gam.. Hak3.. ~ Layannnnn

Tapi!! Bila bapak gua berhenti menghampiri gua.. Dengan lemah lembut, bapak gua bagi tau yang "Helmet kakak kena curi".. Senang hati gua dengar.. Tenang je.. Cilake itu orang!! Lu nak mampos ke?? Gua punyer limited edition gak yang lu nak curik.. Lain ahhh KHI!! Gua marahhhhhhhh!! Dan merayaulah aku tanpa helmet mengambil udara dengan tenang.. Misi : mencari helmet dengan segera sebelum jumpa Pak Polisi.. (Padahal, bapak sendiri polis.. Hak3..)

Limited edition gua.. Selamat tinggal, sayang..
Ini gua tipu jek.. X cukup duit nak beli!! So, beli cikai punya gak..



Terbang 50 hinggit gua yang gua semangat jimat2.. Hak3.. Kurang ajor tul.. Dan gua dapat SGV Merah.. Mengancam!! So, balik umah nak bgtau Madam.. Mamposlah kena bebel.. Itu sudah pasti..

Dan, hari ni, aku bangun dengan semangatnya.. Sebab ada helmet baru dan gua akan merempit sebab bapak gua ada keje kat Putrajaya yang mana memang menyimpang jauh aku nak tumpang ke Bangsar.. Kali ini, gua menerima dengan hati terbuka yang mangga motor gua ter'locked' tanpa boleh dibuka.. Woi!!! Sape yang berniat nak curik Moto Nouvo S gua ni!! Cilake!! Gua ni pempuan lemah lembut tapi pagi-pagi lu dah buat gua maki hamun luuuuu.. Shit!! Di sini, di hadapan khalayak ramai, gua berdoa yang lu orang akan insaf bila dan saat ketika moto, kete, van, lori, trak, bas, kete api yang korang ada hilang sekelip mata tanpa kembali lagi..

Jadi, perjalanan ke Bangsar ari ni terasa sungguh jauh.. Menaiki bas.. Menaiki STAR.. Menaiki Putra.. Menaiki dan menuruni escalator serta tangga.. Melintasi jalan.. Arggghhh, biar ah gua nak tulis pe!! Gua tensyi** niiiiiii.. Akhirnya, sampai juga.. Dah tu, lu ingat gua hapdet blog ni kat mana?? Of kos, kat pejabat.. Kalau tak, mak ngan bapak gua sibuk teman gua menaip lak kalau hapdet kat umah.. Huk3.. Maklumlah, ibu bapa perlu mengawasi tindakan anak-anak mereka.. Lagi-lagi di dunia maya tanpa sempadan niii.. Ish, gua baik ok!! Jangan nak cop gua tengok yang kuning ke, biru ke.. Gua blogwalking jekkk..

Setibanya di pejabat, gua tekan air White Coffee nak hilangkan stress dan Nana bagi lagi berita buruk.. Sabar, Rinnn.. Sabar.. Air pulak takde sampai esok!!!! Ya, Allah.. Lemah aku.. Nak menahan lah pulakkkk.. So, alasan nak kuar pejabat mencari bilik air ke pe lepas niiii??

Grrrrrr!!

Monday, June 20, 2011

lalala..hidup harus kerjaaaaaaaaaa..kerja!


today the opis ade internal audit...u know that thing u got to check,revise,and chek again..revise it according to rules bla.bla.....easy said, ala2 memenuhi tuntutan napsu si SIRIM tu..ha tulaa lebih krg..so these peolpe gets havocly busy beeesss.....

so kerang2 busuk mcm kami(dak2 pektikel) yg xde keje tapi tetap dtg keje..boleh gitu? ni kalau berbyr heven jugak an.but unfortunately we are not paid...so chillex jer, ngadap pc..on9 smpai rabak.

maka terbit la sbuah aroma ingin menaip tnpa hiraukan keadaan pikuk huruk sekeliling...

Ahhhh..terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu...mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja..
.
Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada...Minum saja
...
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja...

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja..Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma...
Jika tiada kerja..Ohhh, papa kedana.
..
lalalaaaa....

lagu meet-pakcik-usen ni memg kena lah dgn kdaan member aku skang...oi nak cri keje..nk cri keje.lg sorg kawan bakal kerje kerajaan...huhu,mlg nye beliau trlalu tue bgka utk berblog,jadi amat sronok blh mgutuk beliau dsini..hahaaa

kami ni bkawan dan jenis nye kepala sekor
2 pelik2...sorg kuat merajuk,over snsitip..

lurus sgt pun adaa...(clue:another writer of this blog)hhahahaa...

tapi kalau borak,ko memg akan kena bahan kow2...saling membahan adelah suatu kebggaan kami time tu..ntah nape biol walau dah dewase pun prang
ai cm haram...
hmm,what a guudd old days! miss those times..

kerje...jgn tak kerje kawan2,dlm islam pun kite dituntut spy brsungguh2 dlm mcari rezeki..
sperti quote ini:
"Work as if you were to live a hundred years, pray as if yo
u were to die tomorrow"

keje biase2 pun kerje gak...yg penting rezeki tu halal.kalau dah tahu gaji ciput,mkn susah,pandai2 la berjimat..
jgn kau keje bawak lori nak pkai beg LV pulak..memg kebulor lah tujuh keturunan..

yang keje best,gaji riban2..jgn lupe akhirat...aku tau kalau dunie tu memg xluper punye..yelah smua nmpak heaven on earth aje bil
a duit berkepuk kan..yg akhirat tu kite risau kan..kalau korg xrisau tu,sila muhasabah level iman masing lah..xmo byk ckap,sndri mau ingat...yg bace ni pn dah beso2..dah baligh2 smuanya..ke ade knk2 mumayiz gie??ehekhek..diexcuselah yg tuh..

so....BEKOJO LAH KITO SEKUEK NYO.....

bai...i noe u love me...xoxo..gossip girl(lama xtgk chuck bass ksygn patik..ape kabar lah die skang...)


i bg mafela tu..hek2..^__^



Nak Jual Kete, Kena Pandai Gilap Kete Dulu.. Ye Dok??

Tetiba teringat zaman-zaman duk bertapa kat hostel.. Ditemani dengan orang-orang yang dapat dilihat pada mata kasar mahupun orang halus.. Tapi yang pattern halus ni tak halus mana gak lah.. Yang Cik Pontianak, rambut menggerbang gitu, halus tang mana?? Kuku pun tak potong.. Panjang, hitam, berulat.. Langsung tak mengamalkan kebersihan!! Penat ja Amy Mastura bagi 5 petua Lifebuoya..

Tiba-tiba, satu malam tu, aku ngan geng "triple is trouble maker" terbuka cerita.. Jeng.. Jeng.. Jeng.. (Sah nak pikir cerita hantulah tu.. Cukuplah citer hantu kat wayang tuuu.. Tak larat lah aku nak cerita).. Kitaorang cerita tentang bapak kawan aku, Azra.. Gua rasa dia ah paling kayap dulu.. Bila gua teringat dia pakai baju tido serba pink dulu.. Uishhhhh.. (Gua straight lagi beb.. Bab2 senggama sejenis ni.. Ish, lama dah gua tinggalkan.. Erk?? Pengakuan ke tu?? Hak3..) Serius, cam barbie doll.. Hak3.. Azra, lu pikir gua tengah puji ke caci maki lu sekarang?? Hak3..

Bapak Azra ni penjual kereta berjaya!! Lu orang ingat senang tak nak jual kete?? Susah, beb.. Harga riban-riban.. Camne lu nak yakinkan customer beli?? Lagi-lagi yang secondhand.. Petua mudah, nak jual kete, lu orang kena pandai gilap kete dulu.. Pehal?? Guna otak sikitlah beb.. Lu orang ni tau exercise malam jelah.. Lemah otak tul!! Kalau lu orang nak beli kete, mesti nak tengok yang kilat abis.. Luar, dalam nak tip-top.. Lagi-lagi lelaki yang mata keranjang, eset kete tu, selain yang ehem-ehem.. Lu orang memang suka pikir kotor ahhh!! Gua ngah gosok duit ni nak tunjuk lu orang.. Aik, ayat gosok pun dah stim ke?? Ish, bila korang nak berubah?? Nak salahkan aku lak!! Otak lu, bukan otak gua.. Pe??

So, time praktikal ni, aku nak sampaikan ucapan terima kasih banyak-banyak kat penyelia aku.. Even, kawan sepraktikal aku mengutuk gua sebab gua cuma tukang setting meeting.. Gua tak kisah!! Huh!! Gua anggap pujian jekkk.. Sebelum gua nak belajar lebih-lebih pasal organisasi, baik gua belajar dulu cara nak handle mesin fotostat, LCD Projector bagai.. Nak menyergah bilik meeting selain dari tempat unit korang.. Huh!! Bagi orang yang pemalu cam gua, susah beb.. Pemalu ke?? ~ blushing

Nak tengok pe kawan gua buat.. Hak3.. Gua pun kesian tengok dia bosan sengsorang.. Kih3..

Hasil keje bosan gegirl aka nana.. Hak3.. Tak kuasa mak jemah nak layan.. Hak3..

Gua gelak beb.. Hak3..

tlg nyatakan padanya....

rolling in the deep brkumandang dlm tlinga berbekalkan external yg gua bwk dri rumah tuk mlampiaskan nafsu trhadap musik...dan mlampikan aku dri kebosanan di pejabat yg serba dingin2 hawanya..which basically drag me aku ke alam separa sedar yaktu tidor! agak nak trlayu ke muke meja...naik volume lagu skit..KASIK MATE BUKAKKKK...!
tapi cuak gak,nant bos pggil kang xdgr...slow balik...
dan begitu lah smpai waktu pulang...hhuaarggggg!demm boring life keje ni..baik setadi lagi best....
tapi stadi pun mlas dah..umur tua,gatal nak kawen dh ni..tapi pitis xde plak... so how???


ade pepath brkata...
WHEN U ARE OUT OF FOCUS, GO BACK TO THE BASIC OF LIFE...BREATH..
HUUMMMPPP..(SEDUT OKSIGEN)...HAAAARRRHHH(HEMBOS LAH BONGOK,KARANG GOL LAH XHMBUS!)
hhaaahaa..sian pmbace aku xpasal2 kene bongok..xlah tu kommon je utk yg amat lampppi.. yg mana rare kot nak crik..jd xplu trasa lah umat manusia ye..
erm adekah pepatah ni berkaitan dgn tajok...aku pun dah kenpius..
tp at least tenang kjap...
so back to the future....no,topik.mls nk bekspes, ape yg ko nak dlm life ni sbnrnya..
laki kaya, macho brgaya? wajib...
umah beso, kete beso?mesti...iman tggi? err...syukur kalau de...

one word 4u baby... Fuuuuuu U! OK THATS TWO..

cam haram kot nak gali mana jantan laguni...smpai mampuih pun xde,
ade yg kaye,sah2 tue selebet..kalau mude brgaya pun.iman xtau lg..ke laouttt gua rasa,
dah xkaya pulak ,muke cam pnyelak pintu jel jer...tapi beriman khusyuk watwadduk..
acane tu? well spt slalu,ikut kata org tua ramai2...pilihlah yg beriman,insyallah dia akan membimbing mu ke right path...
muke doksoh duk heranglah..owang kate muke ye kalu udus nok mapuh time mude,
Tuhan wi die napok semak klong2 mase tuo.....(serious my dad was like dat.)


uii..dok tringin ke adek kakak wes bergamba sbegini..halal lagi..dijamin xde virus trojan ke worm ke yg blh msuk..hehe,suwit.(pic rompok di google)

lagipung dah kawin,maing lang gelap dok napok muke dakpow ang..janji verified satisfied blako...hahaaa(glak jahat)doh wakpe aku cakkak gannu plok ni???pahang dih?dok pahang gi perok plok arh..

atee..kome2 suke ke kalau laki kome emsem bak sharukh kain tu,tapi perangai cm haram jadah..sejadah pun xkenei,kiblat apotah laie..
jangan dibuek jang...jangan..menyosal xdok gune laie..

aku pun xtahu kelaut mana aku mlalut..tapi dlm kepala duk set....

"MAMAT ENSEM XBOLEH PAKAI MANA PUN, CE CARI YG SEIMBANG DUNIA AKHIRAT..MUDAH HIDUP AKU RASE..TAPI SAMPAI SKARANG AKU PUN XJUMPE ORANG MCM TU..DAH JUMPE BYK NYA LAKI ORG, ORG PUNYA DAN XRUPE ORG DAH...SO WUTSHULD I DO..."

TGGU AKU KAWIN,TI AKU CTER BALIK MCM MANA...HAHAA..

FOR NOW, YG SINGLE...CHILLEK2 CRI PAKWE BAIK2 TAUW,TAKE TIME TO THINK...JGN GELOJOH NGAT..BURUK ROPENYE TEMAN TGK..HUHUUU

YG SEDIA ADE STEDY GEWE..CEPAT FIGURE OUT HOW TO GET MARRIED FASTER2,XMO TGGUNG DOSE LAMA2..XMO2...(incluve aku..yg xsmpurna ini..sobs..)

sincerely,


Tuesday, June 14, 2011

Teknologi Menyusahkan!! Damn!!

Ok.. Gua tau tajuk gua agak nampak kebengangan di situ.. Tapi kalau lu orang tengok muka aku, biasa je.. Tak nampak pun cam ngah bengang.. Chill beb.. Hak3.. Ni semua salah Mek Na yang gatal tangan.. Hak3.. Agaknya beliau tiada keje di cubical beliau.. Jadi, dengan tidak semena-mena, beliau menekan simbol-simbol yang tiada kena mengena dengan hidup beliau.. Mungkin niat beliau baik.. Tapi, natijahnya sampai ke gua.. Aduhhhhh!!

Nak tau apa yang beliau buat?? Beliau telah mengupgrade Yahoo Mail! Classic kepada Yahoo Mail! Beta.. Huk3.. Memang teknologi semakin canggih.. Malangnya, Telekom tidak lagi membenarkan ruang chat berfungsi apabila kita telah mengupgrade kepada Yahoo Mail! Beta.. Dan, gua pula menanti-nanti kemunculan Nana kembali available (chat, ok.. bukan status beliau..kalau dia available dari segi status, ada kena mengena ngan gua.. yelah, gua dapat teman sestatus.. ye, idok??)..

Memandangkan 50% masa kami di pejabat adalah berchatting sesama sendiri.. Mau hilang arah kalau tak bole nak bergossip.. Huk3.. Jadi, akhirnya kami berjaya menemui convore.com.. Hak3.. Setelah gagal melepasi halangan dari TMnet security, bila tekan Meebo, eBuddy, AOL IM, iMvU, MeBeam dan pelbagai online chat yang lain.. Mula-mula, nak redha je.. Tapi, berkat usaha kami.. Here u are, Convore.com.. Tahniah!! Cam haram gak lah mula-mula.. Ditambah ada bunyi ting! ting!.. Bak kata Nana.. Bab telinga, gua pekok sikit.. Hak3.. Dan kekurangan yang amat ketara, no emoticon.. Huk3.. Tak bole lah gua nak express muka blushing gua bila bercerita pasal someone, somebudy or something.. Huk3..

Dan, cerita paling hot (bukan pasal sensasi tapi badan gua naik menyirap) gua dengar bila jejak muka pintu pejabat.. What?? TM dah sekat semua bentuk download?? What der?? Oh, man.. Nak top up pun duit ting! ting! gua kumpul.. Lagi, kan nak beli CD artis asli / original.. Huk3.. Tetiba gua teringat yang gua belum download lagu baru Salma ngan Shiha Mentor 5.. Damn!! Kalau ini berkaitan dengan SKMM, pasal Norman nak banteras cetak rompak.. Lu orang cuba tengok CD cetak rompak tu dulu!! Dari Astro First, Second, Third!! Huh!! Tak ada kena mengena dari YouTube, 4shared or KeepVid.. Huh!! Mana gua tau?? Sibuk jek nak tau.. Sorry, gua tak layan CD Taiko Pasar Malam.. Huk3.. Tapi, mak sedare + pak sedare + sepupu + anak jiran kepada jiran yang layan.. Hak3..





 













P/s : Comel tak tengok anak ayam menetas?? Hak3..

Sunday, June 12, 2011

Single.. Ada aku kisah??

Huk3.. Putus cinta.. Cuma satu perkataan paling best nak describe putus cinta.. Sakit!! Sakit!! Sakit!! Sayangnya, kalau putus cinta, tak dapat pun MC.. Huk!! Padahal sakit gila.. Gila pun tak sakit macam ni.. So, aku masih perlu ke tempat kerja.. Masih perlu menghadap fail-fail tebal.. Huh!! Bila aku teringat ex-boypren aku, aku menangis depan komputer.. Slow je aku tarik tisu.. Huk3.. 4 tahun aku berada di alam fantasi cinta.. Dan bukannya tak pernah putus cinta sebelum ini, cuma penangan kali ini lebih hebat.. Dan dah 4 tahun aku tak putus cinta.. Tu yang sedap menyentap.. Aduhhh..

"Kau sayang dia lagi, Aireen??"

Soalan terbaik.. Aku masih sayangkan dia.. Dia tak salah apa-apa.. Cuma dia tak seperfect Seth Tan yang mampu buat mak mertua dan bapak mertua berbangga mempunyai menantu seperti dia.. Yupp, dia cuma lelaki biasa dengan pendidikan yang biasa, kerjaya dan gaji yang biasa, berasal dari keluarga biasa, gaya yang biasa, pertuturan yang biasa, minat yang biasa dan impian yang biasa.. Cinta yang luar biasa?? Huh!! Aku sendiri tak yakin untuk melabel tahap cinta dia.. Segalanya makin kabur antara aku dan dia.. Aku seolah-olah kehilangan dia terus.. Cinta dihalang orang tua dan aku faham situasi dalam keluarga dia.. Mereka ditolak.. Maruah keluarga lebih dipentingkan.. Jadi, aku dan dia terpisah begitu sahaja.. Tiada report polis dibuat atas alasan hati aku tak dikembalikan atau surat pengesahan dari Doktor Pakar yang mengesahkan hati dia yang hancur berkecai.. Semua yang kami rasa tersimpan dalam hati masing-masing.. Tak pula aku luah pada dia.. Tak juga dia luah pada aku.. Segalanya terhenti..

"Aireen, move on.. Cari orang lain.. Dia bukan jodoh kau.."
Aku tak berani lagi untuk berjanji setia.. Sebab mungkin Allah akan membuka hati aku.. Membuka hati jejaka lain untuk menerima aku.. Membuka hati dia untuk menerima wanita lain.. Jadi, aku tak mahu lagi tersekat dalam cinta yang dah runtuh, ranap dan hancur ini.. Aku masih di tempat yang sama.. Di depan komputer, menghadap fail-fail yang tebal.. Aku masih mengatur strategi..

"Single isn't a status.. It's a word that describes a person who's strong enough to enjoy life without depending on others.."

Huk3.. Single.. Ada aku kisah?? Dan ada orang lain kisah?? Shhhhh!!

P/s : Aku sepakat dengan Nana!! Benci!! Menyampah dengan Nora Elena!! Tolonglah, jangan buat cerita cinta penuh pembohongan ni.. Mak gua plus bapak gua percaya lelaki seumpama Seth Tan tu wujud.. Tengok!! Aku yang jadi mangsa.. Kesian ex-boypren aku..


Thursday, June 9, 2011

aku xsuka nora elena.

asekomm..sini sat nak membebel ni...
aku xska nora elena bukan psal ape,tpi dia tu mcm
ntah hape2..zaman skola pakai tudung,pastu dah besa skirt2 bagai...cam tak kena je dengan dia yg giler2 condem seth xtentu pasal konon seth 'drink'. i mean kamon lah he just convert to Islam kan..so the way u advise should b supportive, not prejudice.

so u all xyah la teruje sgt nak jadi nora elena yerk...bukan nye best mana pun..
ni yang wat aku makin myampah dgn cter melayu ni lah..too unreal and way too fantaciosss..stupidly can be contagios among us...aku pun bodo pi layan cter tu sapa suruh...damnn aku pun kurg bijak sbentar!

eniway i still love seth tan...

k daa

Tuesday, June 7, 2011

Damn!! Bila aku nak cun cam Nasha Aziz??

Al-kisah.. Kawan lama aku tetiba chat ngan aku.. Jarang dia nak menegur aku dulu.. Tapi, semalam dalam kesibukan menyiapkan tugasan yang Madam aku suruh buat, yang punyalah bertimbun, berpusu-pusu keje.. Ok, saja nak hyperbola.. Padahal dua je fail kena settlekan.. Sikit je.. Sambil makan kerepek bawang pun bole siap.. Hik3.. Berlagak lak erin ni..

Sambung citer pasal kawan aku ni.. Sentap gua bila dia suruh gua kuruskan badan.. Beragak-agak dalam makan.. Wei, aku takde lah pelahap mana.. Cuma makan sarapan, tengahari, malam haruslah wajib (ada dua hukum di situ.. cam pelik).. Tetiba dia tanya apa dah jadi ngan janji aku nak jadi sama cam Nasha Aziz.. Gua pun slow je menelan air liur.. Erk?? Bila aku buat janji ni?? Siap ugut nak tanya kawan aku lagi sorang, nak kukuhkan statement dia.. Yelah, yelah.. Huk3..

Bila aku nak jadi sama cam Nasha Aziz?? Aireen jadi Nasha Aziz.. Uishhh, jangan dibuat perkiraan di situ.. Mau otak korang mereng nanti.. Saiz seluar aku, 36 nak jadi 27 cam Nasha Aziz?? Mampu ke?? Nak say goodbye kat sambal belacan mak, ayam goreng Mak Kiah (sape lak tu??), Nasi Ayam Hainan Pak Lebai (eh, sape ni??), Nasi Kerabu Kak Senah ( aku pun tak kenal) ngan sambal budu yang superb terbaik!! dan macam-macam lagi.. Nikmat dunia tuuuuu.. Uishhhh, aireen.. Sabaq..

Tengok pinggang dia.. Aku nyer pinggang double kutt..
Dan slow je aku jawab, "Tunggu Aaron Aziz tinggalkan bini dia untuk aku".. Muka nak penuh dengan riak dan keangkuhan.. Cam siot je.. Dah lah single.. Mintak boypren cam Aaron Aziz.. Badan tak de lah cam Nasha Aziz.. Huk3.. Sape lah nak ko, erin oiiii?? Eleh, Nasha Aziz ada boypren tak?? Kira senasib lah.. So, ini bukan pasal badan ke, muka ke atau pape lah.. Rileks ahhh.. Gua nak chill-chill dulu..

Tetiba, gua teringat cikgu kelas gua zaman darjah 1 dulu.. Cikgu tanya nanti besar erin nak jadi apa?? Laju cam petir gua jawab, "Nak jadi Nasha Aziz.. Pakai baju lawa-lawa".. Kalaulah cikgu aku tu masih ingat aku, mesti dia tertunggu-tunggu kemunculan aku kat majalah ke, catwalk show ke, iklan ke.. Maaf, cikgu.. Tu omong kosong je.. Huk3.. Lepas tu, abis buku-buku sekolah aku ada lakaran gaun pengantin..

Tapi tak gak jadi tersohor cam diaorang ni??









Huk3.. Nak mati ngan Madam aku kat umah tu?? Mau dia buang aku dari keluarga kalau aku terlibat dalam dunia fesyen ni.. Aku mekap kuar umah pun, dah kena bebel.. Ish, rileks Mama.. Mama lagi cun dari saya.. So, jangan risau.. Hahaha.. Nak kata mak aku jeles ngan aku sebab aku cantik pakai mekap.. Hahaha.. Konklusinya, lantaklah orang nak kata apa.. Berat aku, aku yang tanggung.. Takde lah terlalu banyak sangat "kelebihan" aku ni.. So, chill k.. Aku bukan ada laki cam David Beckham sampai sanggup jadi Victoria Beckham.. Huk3..

Pages