Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Tuesday, January 31, 2012

Kali Pertama Melakar Sejarah..

Walaupun usia perkenalan kami tak pula kami hitung tapi inilah kali pertama aku dan Nana bersiar-siar di Kuala Lumpur.. Hak3.. Dari pertemuan di Midvalley, maklumlah aku nak bersiap-sedia interview sebagai Akauntan.. Mau terbelit lidah den.. Lepak jap kat MPH.. Membacalah kunun.. Seperti kebiasaan, Library pun kami jarang-jarang, kadang-kadang pergi.. Memanglah tak lama duduk membaca tuuuu..

Nak kemana lagi??

Nana nak usha kasut.. Aku kata buat apa kita lepak Midvalley.. Jom, Timesquare.. Tapi, punyalah pemalas nak berpusing-pusing.. Tetiba, kami buat keputusan ke KL Sentral.. Poyo nak gi Timesquare.. Barulah tersedar nak lalu line mana.. Adoiiiiii.. Nak gi cari Monorel, malas lak nak berjalan.. Jadi, grab ticket ke KLCC..

Yooooo, kitaorang pun pusing kat KLCC cam orang tak ada tujuan langsung.. Hahaha :D

Turun naik eskalator.. Bajet cam happy je lalu iSetan tuuuuu.. Melepak tepi koridor, usha bakal-bakal boipren.. Hik3.. Siap kritik fesyen orang ini, orang itu.. Padahal, kitaorang pun sempoi je..

Topik di KLCC cuma pasal Mert dan Mert dan Mert lagi.. Pasal apa?? Ramai kat situ rupa dia.. Turki mariiiii.. Mert tu siapa?? Siapa entah.. Hahahahaha..

Pastu, nampak taman.. Aku tanya Nana, nak ke gi taman?? Dia geleng je.. Sekali, ambik kau berjalan kaki punyalah jauh dalam sejarah aku dan Nanalah.. Akhirnya kami jumpa Monorel Bukit Nanas.. Tulah, sape suh ajak aku kuar time aku ngah emo.. Tak memasal berjalan tanpa arah tujuan.. Tapi yang penting, kami dapat shot terbaik dengan KLCC.. Perggghhh..

Sampai Monorel Bukit Nanas, kami pun menuju ke Imbi.. Dengan erti kata lain, inilah route paling jauh untuk ke Timesquare.. Hahahahaha.. Padahal, kalau ambik KTM pergi Bank Negara, tukar STAR LRT pergi Hang Tuah.. Dah sampai.. Tapi nak gak KTM Midvalley > KTM KL Sentral > PUTRA KLCC > jalan kaki sampai Monorel Bukit Nanas > Monorel Imbi.. Here we are!! Timesquare!!

Terbaik!!

Jalan punya jalan, sempat lagi Nana belikan baju kemeja untuk aku.. Thanks, Nana.. Dan entah apa lagi yang mengarut kami buat.. Oh, ya.. Naik lif, turun lif, turun eskalator dari Level 10.. Ambik kauuuuu!! Rupa-rupanya Food Court dah tukar kat LG.. Cinabeng!!

Lepas makan, balik umah naik Star.. Bye2, Nana.. Jumpa lagi bila aku dapat gaji.. Nanti kita makan Pizza Hut.. Hik3..

Moral of the story :- Hebat tak percutian di Kuala Lumpur?? Semua tren naik.. Hahahaha..

P/s :- Gambar semua kat Nana.. Maklumlah, Samsung Galaxy Note kat kedai lagi.. Hahahahahaha..

Tuesday, January 17, 2012

Bye2 Blackberry Storm!! Hi To My Lovely Samsung W!!

Hari-hari yang aku lalui makin tak tenang.. Sebab dah mengidam nak beli tepon baru.. Mana Blackberry aku?? Dah campak masuk longkang.. Hahaha.. Puas hati aku..

Kalau ada yang baca blog ni, teridam-idam Blackberry.. Sorry ah derr, gua sikit pun takde hati dah nak rujuk Blackberry.. Aku dah ceraikan beliau dengan talak 3.. Sampai aku kena rujuk ngan Nokia C3 aku.. Hik3.. Punya menyampah ngan Blackberry..

Tiap malam, aku asyik mimpikan Samsung Galaxy W..

Sebelum malam ini, termimpi iPod Touch.. Sekali tengok, tak bolehh call.. Waaaaaaaaa.. Terus padam..

Monday, January 9, 2012

Wave S vs BMW...

                            

Entry kali ini, saya nak bercerita tentang budi bahasa..

Nak dijadikan kisah.. Aku teman Arif ke CIMB Sg Buloh.. Punyalah lama menunggu dari nombor 2012 sehingga ke nombor 2024.. Jadi, kami pun dapat tempat duduk.. Letak elok-elok helmet bawah seat.. 2 jam jugalah tunggu.. Sabar jelah..

2024, kaunter 8..


Yesss!! Segeralah Arif bangun.. Seronok-seronok sangat baru keluarkan bonus sambil beria-ia nak larikan buku ASB dia.. Yelah, takut aku nampak amaun, tak memasal pula dia nak kena belikan Blackberry Torch pulak.. Teruslah kami ke kedai makan berdekatan..


Sedap-sedap menghirup Teh 'O' Ais Limau yang menyegarkan.. Sambil makan nasi campur.. Langsung tak hiraukan orang sekeliling pun..

Habis makan.. Pergi kat motor.. ALAMAK, MANA KUNCI??

Dengan selamba, kunci motor awak, mana saya tau.. Kunci motor saya, saya tau lah.. Jadi, dengan kegusaran di hati, Arif kembali ke kedai makan.. Mana tau tercicir.. Takdelah pulak..

Sikit pun aku tak membebel.. Aku cuma tergerak hati suruh dia ke CIMB.. Mana tau tertinggal kat kaunter.. Arif kata tak mungkinlah.. Dah tak nak dengar, aku biarkan je dia cari..

Tetiba, ada seorang lelaki, pangkat abanglah.. Dengan suara ramah, terus tanya aku, "Cari kunci ke?" Aku cuma mengangguk.. "Saya rasa kunci atas kaunter ASB tadi, awak punya," kata abang tadi tu.. Terus je Arif pergi.. Jadi, aku bagi pihak dia ucapkan ribuan terima kasih kat abang tu..

Sambil tu, aku tertanya-tanya, macam kenal pulak orang tu.. Ok.. Sebelum kami keluar dari CIMB, Arif minta laluan dari abang tu nak ambil helmet bawah seat.. Mungkin sebab budi bahasa Arif, abang tu terpanggil nak beritahu kami tentang misteri kunci motor yang tak pula kami tau lokasinya..

Mata aku terus mengekori langkah abang tu.. Cam pelik tetiba muncul.. Al-kisah, punyalah semangat abang tu berhentikan kereta BMW dia ke tepi.. Tanpa mematikan enjin.. Maksudnya, dengan kunci masih di dalam kereta.. Dia melangkah keluar, berjalan sedikit semata-mata nak beritahu tentang kunci motor Wave S Arif..

Terdiam aku..

Agak-agaklah, bang.. Kalau ada orang nampak peluang dan ruang tu, hilang dah BMW sebiji.. Adoiii..

Alhamdulillah, kunci motor pun dijumpai dengan maklumat dari abang BMW.. Tak salah kan kalau kita amalkan budi bahasa yang baik.. Walaupun Wave S tak lah semahal mana nak dibandingkan dengan BMW, itulah harta yang kami ada buat masa ini.. Terima kasih banyak-banyak abang BMW.. Tapi, harap-harap abang janganlah cuai sangat tau lain kali.. Kalaulah semua pemilik BMW baik cam abang tu, aman sikit keadaan di jalan raya, lebuhraya dan dimana-mana jua..

Pages