Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Saturday, November 26, 2011

Determinate.. D... Determinate..


Come on, Nana Sakri!!

Walau tanpa aku disisi, aku masih tetap selalu jadi sahabat kau.. InsyaAllah.. Aku fikirkan yang kau tanpa aku di Batu Pahat, mungkin lebih bahagia.. Maklumlah, takde yang nak membebel kat kau, Nana.. Hak3..

Kehebatan aku dalam membebel tu, tak dapat lagi kutt nak disangkal.. Memang terbaik!! Elok-elok kau segar pun jadi ngantuk balik agaknya.. Hak3.. Maaflah, kawan..

Mungkin dari jauh, akan ada panggilan masuk buat kau.. Semata-mata nak kejutkan kau.. Semata-mata nak tanya projek sarjana muda kau.. Jarang-jarang, kadang-kadang aku tanya kau dah makan ke belum.. Sebab, macam pelik kalau kau tak makan.. Hak3.. Ok, jangan marah tau.. Aku gurau :P

Baiklah, sahabatku.. Jaga diri.. Rajin-rajinlah ke kelas.. Kuatkanlah semangat kau siapkan PSM tuuu.. Aku sentiasa doakan kau ye..

Love you always.. Muuuuuuacchhh!!

Monday, November 21, 2011

Ucapan Hari Lahir dari Hati tanpa Terungkap dari Bibir..

Aku nak berkata-kata.. Tapi, apakan daya..


Sunyi..


Eryn ni nak tulis cerita hantu ke apa ni?? Hik3.. Takde lah.. Cuma aku nak kata yang tiada suara keluar dari bibir aku.. Sebab suara dah hilang.. Nak "YeeeHaaaaaaaa!!" ke nak "Sad :("??

Lagi terfaktab.. Ari ni adalah ari lahir aku.. Huk3.. Selama 21 tahun aku lahir ke dunia, inilah kali pertama aku sambut befday tanpa suara.. Dan, menjadi bahan gurauan di tempat keje aku.. Oh, no!!! (Sambil tepuk dahi)

Semalam, Puan Mama terus-terusan menghalau aku dari rumah.. Kenapa?? Dia suruh aku pergi BN Job Fair kat PWTC tuuu.. Tapi, aku takde suara.. Akhirnya, aku mengheret adik aku sekali.. Kan tak semena-mena budak tu kena pakai kemeja segala bagai.. Nasib kau lah dik oiiii..

Dah lah kena paksa pergi.. Semuanya adik aku yang tolong cakapkan.. Dari hal nak beli tiket.. Sampailah ke bahagian nak hantar resume.. Oh, no!! Aku lak cuma berbisik je ngan adik aku.. Sedihhhh.. Ada yang sesuka hati je kutuk aku, "Ingatkan bisu tadi!!".. Sengal!!

Dan pagi-pagi, dalam perjalanan ke Kajang, abang polis trafik tahan aku lagi.. Oh, no!! Banyak lak dia nak soal tapi satu pun aku tak dapat nak jawab.. Slow-slow aku buka dompet, keluarkan IC, Lesen dan Road Tax.. Terus hulur kat abang polis tuuu.. Banyak tanya pulak, aku tak de suara ni.. Huk3.. Kan senang kalau kat IC tu tercatit aku ni anak polis.. Senang lepas roadblock.. Hik3.. Kau pikir kau ni anak Ketua Polis ke, Eryn?? Hak3..

Dan, ini barulah benar-benar cerita terfaktab.. Sebab aku menjadi bahan gurauan pada hari jadi aku.. Customer call, aku tak dapat nak cakap ngan dia.. Terpaksa kawan aku tolong jawabkan.. Yang tak tahan, bila aku sedaya upaya nak cakap, boleh pulak kena gelak.. Oh, no!! Suara, please come back to me.. I need you.. Huk3..

P/s : Thanks to Elin Kan.. Sebab jadi assistant aku ari ni.. Hik3..

Sunday, November 20, 2011

teman..


alahai punya lah nak cepat publish mcm nilah jadinya, my mistake jugak..typing waktu suntuk2 mate dah takleh bukak memang lah..
ape2 hal janji kita bersatu padu..bercerai,kawen lain..itu je..hikhik...
but here is something to share from a friend..kadang2 walaupun kite dan kawan kite ni jahiliah nye memang lah tak dapat dibendung, tapi antara kami tak pernah menghalang jika ada yang mndekati agama..membaiki diri masing-masing..yang tu kite tak boleh nak kata tak...sebab memg lumrah manusia..mcmana jahat ke debil(degil+babil) last skali akan kembali ke jalan dia yang sebenar..jalan mendekati kepada Tuhan.. cuma lambat dengan cepat je.. dan aku heppy we are the way we are supporting each other, love u guys..

layan lagu ni sat..


Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya
bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi


Source: http://liriklaguindonesia.net/opick-bila-waktu-tlah-berakhir.htm#ixzz1eFRJO0TK

Saturday, November 19, 2011

Entry Serangan Balas.. Hak3..

Yes!! Aku berjaya bersihkan sawang blog ni terlebih dahulu.. Hik3.. Kau cuma lambat beberapa hari je.. Sila cuba lagi akan datang!! (Kata-kata semangat ni.. Serius duhh, aku tak ada niat nak perli punn..) Padahal dengan jelas dan nyata seperti hukum Izhar Halqi, aku memang berbangga diri sekarang.. Hahahahahaha..

Aku cam terharu baca entry kau.. Tapi, ending entry kau memang lawak.. Serius duhh, aku gelak terguling-guling kat pejabat ni.. Hahahahaha.. Nak tahu kenapa?? Sebab tarikh konvo aku salah.. Lambat sebulan.. Dan yang paling kelakar kau dah umpama Nujum Mak Belalang sebab berjaya keluarkan gambar sebelum tarikh tu muncul.. Hik3.. Hari ni baru je 19 November 2011 bersamaan 19.11.2011.. Dahsyat tul kau punya mangkuk air.. Hak3..

Sila rujuk :- http://misslovecinta.blogspot.com/2011/11/beautiful-friendship.html

Jahat tul aku!! Mana ada kawan baik kenakan kawan baik sendiri.. Tapi, dalam hukum persahabatan kita.. Sape lambat pikap, memang makin kena lahhhh.. Hak3.. Ada berani, Mail Lambong nak kalahkan Mak Jemah?? Ada bran, datang dekat!! Yokk, turun kL.. Hik3.. Ayat nak mancing Nana datang kL sebenarnya.. Kih3..

Kalaulah jarak Batu Pahat gi KL cuma 3 minit, memang tak ada hal langsung hari-hari nak lepak sama.. Tapi, 3 jam derrrr, mau kebas punggung kalau ulang-alik.. Sabar ye, derr.. Setahun je lagiiiiiii..

Perghhhh, memang happening kalau kau betul-betul wujud kat area Lembah Klang.. Lagi hebat kalau kau dan aku punya kereta.. Tak tahulah kemana kita melangkah nanti.. Adoooiiiiiii!! Macam dah panjang je list aku.. Adakah kau dapat baca apa yang dah berada dalam kepala aku?? Satu betul, satu french kiss.. Eh, french fries.. Silap lakkk :P

Even jarang-jarang, kadang-kadang kita jumpa.. Selalunya tak bertegur sapa punn kat facebook.. Memang malas nak bazir kredit nak tweet (sms sudahhhh).. Hik3.. Tapi, kalau jumpa seminggu, rasa tak habis-habis cerita.. Seminggu jugalah asyik nak menyembang je.. Macam sekejap sangatlah pulakk.. Tapi, sehari je tak jumpa rasa cam berkurun tak jumpa.. Oh, no.. Rindukah??

@Nana Sakri, aku rindu kau lahhhh..

Friday, November 18, 2011

beautiful friendship!

homaigod...aku baru shaja nak bersih2 kan sawang blog..cik erin dah clean up dulu lah! huhu...tau je aku merindu beliau dan blog hasil prkahwinan idea kau dan aku nikan...(terharu makkk..hohooo)

as u be gone..i lead my life alone here my dear friend..but always be strong on my own, mcm kau penah selalu pesan..jangan care hal org kalau org xkacau kite,kite wat hal sndri je.. hidup pun aman.. and tu je lah aku wat skarang..huhu,baik tak aku?

last two week memang happening je hidup ku,my bestie erin balik smggu...mulelah stat program gilo kiterg..tau2 dah smpai tangkak..tau2 dah lari ke bekok,mandi air tjun..ahaks,it makes me laugh to remember those time wehh..

what a nice feeling to have someone who knows u well...in and out..mcm2 keje boleh jadik..asal ade je yg usul, jalannnn...xde main hold2 dah..rindu betei nak lepak dengan Aireen Azra lagih. 


dan dgn ini aku rase aku akan apply keje di area Lembah Klang,yakni dekat dgn member baik aku supaya mudah untuk berjimba bila kuar gaji..but the faktab thing is I have to wait lagi setahun! demmmmmm....

konklusi..i love my this friend more than other friends..now i know why its called bestfriend, because she is one of the best among friends i ever had.




Wednesday, November 16, 2011

Biler jari aku menaip di luar kesedaranku..

Lama bebenor rasanya aku tak menulis kat blog. Sesekali menjengah ke blog ni, adalah jugak bisikan dari hati suruh aku menulis. Tapi, tak cukup kuat bisikan tu. Mungkin perlukan jeritan. Biar dengar sikit telinga ni. Hik3.

Ditambah pula, dah lama tak jumpa Nana, kurang gossip sikit. Hik3. Dan semakin kuranglah otak aku nak menjana idea kreatif sebab tak ada yang nak tolong cetuskan pemikiran yang kritis dan kreatif tu.
Jadi, hidup sehari-hari aku asyik bersahabat baik dengan jam (maklumlah aku dah kerja) semenjak duamenjak aku dan Nana dah membawa aliran masing-masing. Sorang ambik aliran Ampang, sorang ambil aliran Sentul Timur. Hik3. Tu aliran LRT. Bayangkan jelahhhhhhh. Begitulah hebatnya perumpamaan aku, ada gaya moden diterapkan disitu. Ada nampak KEBOSANAN tak kat situ??

Tetiba datang idea gila aku nak melepak ngan Nana. Dengan segera, terus aku apply cuti seminggu. Mulalah otak ni berputar ligat. Haaaaa, tu diaaaa. Yokk, mandi air terjun!! Rancangan dah mantop tapi sekali pergi 2 orang je. Cer teka, cer teka siapa je yang pergi?? Memang aku ngan Nana jelah. Dengan berbekalkan air Mineral ngan 100Plus sebotol, rileks je kitaorang berendam kat air terjun. Terbaik!! Elok je naik air, perut nyanyi lagu Rock Eminem lagi. Adoooooiiii.. Jommm, makan!!

Aku nak nangis bila aku tau cuti aku nak abis. My only friend that can accept who I am, Nana. Dialah kawan yang tidaklah nak sokong aku sepanjang masa tapi sekurang2nya yang boleh baca apa yang bakal aku buat. Hebat tul kuasa ko, Nana.

Itu masa aku nak konvo 29 Oktober 2011. Dan sempena cuti raya haji, aku jumpa Nana lagi. I’m missing you, Nana. Everyday and always.


Macam Nana punya rantai. Kerinduan serius ni!!

Pages