Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Monday, January 9, 2012

Wave S vs BMW...

                            

Entry kali ini, saya nak bercerita tentang budi bahasa..

Nak dijadikan kisah.. Aku teman Arif ke CIMB Sg Buloh.. Punyalah lama menunggu dari nombor 2012 sehingga ke nombor 2024.. Jadi, kami pun dapat tempat duduk.. Letak elok-elok helmet bawah seat.. 2 jam jugalah tunggu.. Sabar jelah..

2024, kaunter 8..


Yesss!! Segeralah Arif bangun.. Seronok-seronok sangat baru keluarkan bonus sambil beria-ia nak larikan buku ASB dia.. Yelah, takut aku nampak amaun, tak memasal pula dia nak kena belikan Blackberry Torch pulak.. Teruslah kami ke kedai makan berdekatan..


Sedap-sedap menghirup Teh 'O' Ais Limau yang menyegarkan.. Sambil makan nasi campur.. Langsung tak hiraukan orang sekeliling pun..

Habis makan.. Pergi kat motor.. ALAMAK, MANA KUNCI??

Dengan selamba, kunci motor awak, mana saya tau.. Kunci motor saya, saya tau lah.. Jadi, dengan kegusaran di hati, Arif kembali ke kedai makan.. Mana tau tercicir.. Takdelah pulak..

Sikit pun aku tak membebel.. Aku cuma tergerak hati suruh dia ke CIMB.. Mana tau tertinggal kat kaunter.. Arif kata tak mungkinlah.. Dah tak nak dengar, aku biarkan je dia cari..

Tetiba, ada seorang lelaki, pangkat abanglah.. Dengan suara ramah, terus tanya aku, "Cari kunci ke?" Aku cuma mengangguk.. "Saya rasa kunci atas kaunter ASB tadi, awak punya," kata abang tadi tu.. Terus je Arif pergi.. Jadi, aku bagi pihak dia ucapkan ribuan terima kasih kat abang tu..

Sambil tu, aku tertanya-tanya, macam kenal pulak orang tu.. Ok.. Sebelum kami keluar dari CIMB, Arif minta laluan dari abang tu nak ambil helmet bawah seat.. Mungkin sebab budi bahasa Arif, abang tu terpanggil nak beritahu kami tentang misteri kunci motor yang tak pula kami tau lokasinya..

Mata aku terus mengekori langkah abang tu.. Cam pelik tetiba muncul.. Al-kisah, punyalah semangat abang tu berhentikan kereta BMW dia ke tepi.. Tanpa mematikan enjin.. Maksudnya, dengan kunci masih di dalam kereta.. Dia melangkah keluar, berjalan sedikit semata-mata nak beritahu tentang kunci motor Wave S Arif..

Terdiam aku..

Agak-agaklah, bang.. Kalau ada orang nampak peluang dan ruang tu, hilang dah BMW sebiji.. Adoiii..

Alhamdulillah, kunci motor pun dijumpai dengan maklumat dari abang BMW.. Tak salah kan kalau kita amalkan budi bahasa yang baik.. Walaupun Wave S tak lah semahal mana nak dibandingkan dengan BMW, itulah harta yang kami ada buat masa ini.. Terima kasih banyak-banyak abang BMW.. Tapi, harap-harap abang janganlah cuai sangat tau lain kali.. Kalaulah semua pemilik BMW baik cam abang tu, aman sikit keadaan di jalan raya, lebuhraya dan dimana-mana jua..

0 comments:

Post a Comment

Pages