Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Sunday, June 12, 2011

Single.. Ada aku kisah??

Huk3.. Putus cinta.. Cuma satu perkataan paling best nak describe putus cinta.. Sakit!! Sakit!! Sakit!! Sayangnya, kalau putus cinta, tak dapat pun MC.. Huk!! Padahal sakit gila.. Gila pun tak sakit macam ni.. So, aku masih perlu ke tempat kerja.. Masih perlu menghadap fail-fail tebal.. Huh!! Bila aku teringat ex-boypren aku, aku menangis depan komputer.. Slow je aku tarik tisu.. Huk3.. 4 tahun aku berada di alam fantasi cinta.. Dan bukannya tak pernah putus cinta sebelum ini, cuma penangan kali ini lebih hebat.. Dan dah 4 tahun aku tak putus cinta.. Tu yang sedap menyentap.. Aduhhh..

"Kau sayang dia lagi, Aireen??"

Soalan terbaik.. Aku masih sayangkan dia.. Dia tak salah apa-apa.. Cuma dia tak seperfect Seth Tan yang mampu buat mak mertua dan bapak mertua berbangga mempunyai menantu seperti dia.. Yupp, dia cuma lelaki biasa dengan pendidikan yang biasa, kerjaya dan gaji yang biasa, berasal dari keluarga biasa, gaya yang biasa, pertuturan yang biasa, minat yang biasa dan impian yang biasa.. Cinta yang luar biasa?? Huh!! Aku sendiri tak yakin untuk melabel tahap cinta dia.. Segalanya makin kabur antara aku dan dia.. Aku seolah-olah kehilangan dia terus.. Cinta dihalang orang tua dan aku faham situasi dalam keluarga dia.. Mereka ditolak.. Maruah keluarga lebih dipentingkan.. Jadi, aku dan dia terpisah begitu sahaja.. Tiada report polis dibuat atas alasan hati aku tak dikembalikan atau surat pengesahan dari Doktor Pakar yang mengesahkan hati dia yang hancur berkecai.. Semua yang kami rasa tersimpan dalam hati masing-masing.. Tak pula aku luah pada dia.. Tak juga dia luah pada aku.. Segalanya terhenti..

"Aireen, move on.. Cari orang lain.. Dia bukan jodoh kau.."
Aku tak berani lagi untuk berjanji setia.. Sebab mungkin Allah akan membuka hati aku.. Membuka hati jejaka lain untuk menerima aku.. Membuka hati dia untuk menerima wanita lain.. Jadi, aku tak mahu lagi tersekat dalam cinta yang dah runtuh, ranap dan hancur ini.. Aku masih di tempat yang sama.. Di depan komputer, menghadap fail-fail yang tebal.. Aku masih mengatur strategi..

"Single isn't a status.. It's a word that describes a person who's strong enough to enjoy life without depending on others.."

Huk3.. Single.. Ada aku kisah?? Dan ada orang lain kisah?? Shhhhh!!

P/s : Aku sepakat dengan Nana!! Benci!! Menyampah dengan Nora Elena!! Tolonglah, jangan buat cerita cinta penuh pembohongan ni.. Mak gua plus bapak gua percaya lelaki seumpama Seth Tan tu wujud.. Tengok!! Aku yang jadi mangsa.. Kesian ex-boypren aku..


0 comments:

Post a Comment

Pages