Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Monday, June 27, 2011

Cinta Yang Gagal..

Eryna mengeluh.. Kali ini, dia gagal dalam mempertahankan cintanya.. Lidahnya seolah-olah kelu untuk bertikam lidah dengan Encik Mahadi.. Satu demi satu bukti dilemparkan ke muka Eryna.. Eryna masih membatukan diri.. Dia terkhayal dalam kenangan bersama Harith.. Hanya Harith berjaya membuat dia tersenyum dan ketawa.. Hanya Harith yang mampu membebaskan dia dari terus tertekan.. Hanya Harith yang sering menyeka air matanya.. Benar.. Kehidupan Eryna hanya indah bagi mereka yang melihat dari jauh, bukan bagi yang menghadapinya..

"Ayah nak kau putuskan hubungan kau dengan Harith!" jerit Encik Mahadi.. Dia tidak dapat lagi menahan marahnya.. Selama 4 tahun dia berlembut dengan Eryna tapi kali ini langkah Eryna makin jauh.. Bagi Encik Mahadi, ini adalah maruah keluarganya.. Tidak mungkin dia akan membiarkan anaknya untuk berkahwin dengan lelaki seperti Harith.. Harith bukan pilihan terbaik.. Harith tidak layak digandingkan dengan Eryna dan kata-kata Puan Noreen lebih menambahkan kebencian dia kepada Harith..

Semasa Eryna dimarah dan diherdik ayahnya sendiri.. Ditokok tambah lagi hasutan-hasutan kebencian dari emaknya sendiri.. Harith sedang bergelut dalam kesakitan.. Walaupun dari petang lagi Eryna telah meminta izin darinya untuk pulang ke rumah, Harith masih lagi melihat bayang Eryna.. Eryna menangis.. Eryna tersenyum.. Harith cuba mencapai telefon bimbitnya.. Berkali-kali dia cuba menghubungi Eryna tapi hanya suara operator Celcom yang menyahut panggilannya.. Akhirnya, dalam kesakitan, Harith menaip mesej buat Eryna.. Dia sangat mengharapkan Eryna akan membalas dengan segera..

Mesej pertama : "B, kenapa tak jawab telefon? B, Sayang risau ni.."

Namun, tiada maklumbalas dari Eryna.. Satu lagi mesej dihantar..

Mesej kedua : "B, B tidur ke? B dah sampai rumah kan?"

Harith cuma mampu berdoa.. Semoga tiada perkara buruk yang melanda Eryna.. Kemudian, Harith memperbetulkan kedudukan badannya.. Badannya masih sakit-sakit kesan dari hentaman lori kecil tadi.. Harith bersyukur yang dia masih diberi kehidupan dan tangisan Eryna buat dia sebak.. Sekali lagi, dia membuat Eryna sedih.. Sekali lagi, dia membuat air mata Eryna mengalir..

Malam itu, Eryna tak dapat melelapkan mata.. Dia hanya memandang skrin telefon bimbitnya.. Panggilan dari Harith dipandangnya kosong.. Tiada langsung usaha dia untuk menjawab panggilan Harith.. Mesej dari Harith juga tidak dibalasnya.. Cuma air mata yang membasahi pipinya.. Eryna sebak.. Eryna dihimpit rasa bersalah.. Saat Harith paling memerlukan dia sekarang, dia diminta untuk meninggalkan lelaki itu.. Bagaimana Eryna perlu berbicara dengan Harith?? Lelaki yang paling dicintainya, Harith sedang dalam kesakitan dan dia, wanita yang paling Harith cintai sedang ingin menambah kesakitan yang ditanggung Harith..

Eryna buntu.. Antara ibu bapa dan kekasih.. Antara kasih dan sayang.. Eryna menangis lagi.. Dia mengenangkan segala tekanan dari ibu bapanya, Encik Mahadi dan Puan Noreen.. Dia mengenangkan segala budi dari kekasihnya, Harith.. Kali ini, Eryna nekad.. Sakit bagaimana sekalipun, Eryna rela.. Dari kecil, memang Eryna perlu terima aturan hidup dari Encik Mahadi dan Puan Noreen.. Semua alasan mereka adalah untuk melihat kebahagiaan Eryna, sedangkan Eryna semakin tertekan dengan kasih dari ibu bapa yang terus menghimpit.. Eryna hanya impikan kehidupan sederhana dan tenang.. Malam itu, Eryna tidur dengan pisau ditangannya.. Malam itu, Eryna tidur dalam sesalan..

Harith terkejut.. Eryna masih tersedu-sedan.. Cinta antara mereka masih utuh.. Cuma cinta itu kini ditinggalkan tanpa dimiliki.. Pemilik cinta itu telah meninggalkan cinta seorang diri.. Hakikatnya, yang tinggal hanyalah cinta dalam hati.. Kisah cinta sepenuh hati, separuh mati, sesuku hayat dan sekosong harapan.. Harith dan Eryna terpisah dalam cinta yang menyakitkan.. Datin Haida dan Dato' Johan kecewa.. Walaupun harta mereka menggunung, tiada apa dapat mereka lakukan untuk menyatukan anak lelaki kesayangan mereka dengan Eryna.. Kekurangan anak mereka adalah kelebihan Eryna dan kengkuhan Encik Mahadi serta Puan Noreen membantutkan semua usaha..

Mungkin Eryna yang patut dipersalahkan kerana belajar tinggi-tinggi ke menara gading.. Mungkin Harith yang patut dipersalahkan kerana jatuh cinta dengan Eryna.. Mungkin Encik Mahadi patut dipersalahkan kerana lantang menghalang hubungan cinta Eryna dan Harith.. Mungkin Puan Noreen patut dipersalahkan kerana menyuarakan prejudisnya terhadap Harith yang tidak berpelajaran tinggi.. Mungkin Datin Haida dan Dato' Johan yang memikirkan Harith tidak sama seperti anak-anaknya lain dan sering memanjakan Harith.. Dimana silapnya sehingga Eryna dan Harith dipisahkan?? Sedangkan hakikatnya, Harith bukan seorang yang mengambil kesempatan terhadap kelebihan Eryna.. Sedangkan hakikatnya, Eryna hanya idamkan kehidupan yang biasa disamping Harith..

Sekarang, awan mendung berarak di hujung mata Eryna.. Sekarang, kelam malam memenuhi ruang fikiran Harith.. Cinta ini harus berakhir begini sahajakah?? Cinta ini hanya mampu dipendamkan sahajakah dalam hati??


0 comments:

Post a Comment

Pages