Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Saturday, November 19, 2011

Entry Serangan Balas.. Hak3..

Yes!! Aku berjaya bersihkan sawang blog ni terlebih dahulu.. Hik3.. Kau cuma lambat beberapa hari je.. Sila cuba lagi akan datang!! (Kata-kata semangat ni.. Serius duhh, aku tak ada niat nak perli punn..) Padahal dengan jelas dan nyata seperti hukum Izhar Halqi, aku memang berbangga diri sekarang.. Hahahahahaha..

Aku cam terharu baca entry kau.. Tapi, ending entry kau memang lawak.. Serius duhh, aku gelak terguling-guling kat pejabat ni.. Hahahahaha.. Nak tahu kenapa?? Sebab tarikh konvo aku salah.. Lambat sebulan.. Dan yang paling kelakar kau dah umpama Nujum Mak Belalang sebab berjaya keluarkan gambar sebelum tarikh tu muncul.. Hik3.. Hari ni baru je 19 November 2011 bersamaan 19.11.2011.. Dahsyat tul kau punya mangkuk air.. Hak3..

Sila rujuk :- http://misslovecinta.blogspot.com/2011/11/beautiful-friendship.html

Jahat tul aku!! Mana ada kawan baik kenakan kawan baik sendiri.. Tapi, dalam hukum persahabatan kita.. Sape lambat pikap, memang makin kena lahhhh.. Hak3.. Ada berani, Mail Lambong nak kalahkan Mak Jemah?? Ada bran, datang dekat!! Yokk, turun kL.. Hik3.. Ayat nak mancing Nana datang kL sebenarnya.. Kih3..

Kalaulah jarak Batu Pahat gi KL cuma 3 minit, memang tak ada hal langsung hari-hari nak lepak sama.. Tapi, 3 jam derrrr, mau kebas punggung kalau ulang-alik.. Sabar ye, derr.. Setahun je lagiiiiiii..

Perghhhh, memang happening kalau kau betul-betul wujud kat area Lembah Klang.. Lagi hebat kalau kau dan aku punya kereta.. Tak tahulah kemana kita melangkah nanti.. Adoooiiiiiii!! Macam dah panjang je list aku.. Adakah kau dapat baca apa yang dah berada dalam kepala aku?? Satu betul, satu french kiss.. Eh, french fries.. Silap lakkk :P

Even jarang-jarang, kadang-kadang kita jumpa.. Selalunya tak bertegur sapa punn kat facebook.. Memang malas nak bazir kredit nak tweet (sms sudahhhh).. Hik3.. Tapi, kalau jumpa seminggu, rasa tak habis-habis cerita.. Seminggu jugalah asyik nak menyembang je.. Macam sekejap sangatlah pulakk.. Tapi, sehari je tak jumpa rasa cam berkurun tak jumpa.. Oh, no.. Rindukah??

@Nana Sakri, aku rindu kau lahhhh..

0 comments:

Post a Comment

Pages