Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

Wednesday, November 16, 2011

Biler jari aku menaip di luar kesedaranku..

Lama bebenor rasanya aku tak menulis kat blog. Sesekali menjengah ke blog ni, adalah jugak bisikan dari hati suruh aku menulis. Tapi, tak cukup kuat bisikan tu. Mungkin perlukan jeritan. Biar dengar sikit telinga ni. Hik3.

Ditambah pula, dah lama tak jumpa Nana, kurang gossip sikit. Hik3. Dan semakin kuranglah otak aku nak menjana idea kreatif sebab tak ada yang nak tolong cetuskan pemikiran yang kritis dan kreatif tu.
Jadi, hidup sehari-hari aku asyik bersahabat baik dengan jam (maklumlah aku dah kerja) semenjak duamenjak aku dan Nana dah membawa aliran masing-masing. Sorang ambik aliran Ampang, sorang ambil aliran Sentul Timur. Hik3. Tu aliran LRT. Bayangkan jelahhhhhhh. Begitulah hebatnya perumpamaan aku, ada gaya moden diterapkan disitu. Ada nampak KEBOSANAN tak kat situ??

Tetiba datang idea gila aku nak melepak ngan Nana. Dengan segera, terus aku apply cuti seminggu. Mulalah otak ni berputar ligat. Haaaaa, tu diaaaa. Yokk, mandi air terjun!! Rancangan dah mantop tapi sekali pergi 2 orang je. Cer teka, cer teka siapa je yang pergi?? Memang aku ngan Nana jelah. Dengan berbekalkan air Mineral ngan 100Plus sebotol, rileks je kitaorang berendam kat air terjun. Terbaik!! Elok je naik air, perut nyanyi lagu Rock Eminem lagi. Adoooooiiii.. Jommm, makan!!

Aku nak nangis bila aku tau cuti aku nak abis. My only friend that can accept who I am, Nana. Dialah kawan yang tidaklah nak sokong aku sepanjang masa tapi sekurang2nya yang boleh baca apa yang bakal aku buat. Hebat tul kuasa ko, Nana.

Itu masa aku nak konvo 29 Oktober 2011. Dan sempena cuti raya haji, aku jumpa Nana lagi. I’m missing you, Nana. Everyday and always.


Macam Nana punya rantai. Kerinduan serius ni!!

1 comments:

nana s said...

aku harap rntai aku brtukar jd mcm tu sjibikk lah hai kalau peram lama2...sernokk..haha

Post a Comment

Pages